
Platform penstriman, UTV tampil dengan telefilem terbaharu berjudul 'Dink! I Love You' mengangkat tema mengenai percintaan dan acara sukan popular ketika ini iaitu Pickleball. Menampilkan barisan pelakon popular iaitu Anna Jobling, Arfie Shah dan Aedy Ashraf. Saksikan Dink! I Love You bermula 18 Jun 2026 di aplikasi UTV.
Dink! I Love You
Tarikh Tayangan: 18 Jun 2026
Platform Penstriman: UTV
Pengarah: Boy Koci
Produksi: Motio Studio
Watak Pelakon
Anna Jobling sebagai Diba
Arfie Shah sebagai Ghazali
Aedy Ashraf sebagai Arman
Juzzthin sebagai Rey
Anna sebagai Suzy
Dottie
Sinopsis Dink I Love You
Mengisahkan Diba, pemain pickleball berbakat, meninggalkan pasangannya Arman dan memilih Ghazali, pelajar pintar tanpa pengalaman sukan, sebagai rakan sepasukan baru. Melalui disiplin, sokongan dan kepercayaan Diba, Ghazali berubah menjadi pemain yakin. Kisah mereka bukan sekadar tentang kemenangan, tetapi tentang kepercayaan, harga diri, dan bagaimana cinta boleh tumbuh apabila dua insan berjuang untuk satu sama lain.