Anak Bapak (TV2)

Anak Bapak

Saksikan telefilem sempena Hari Bapa bertajuk 'Anak Bapak' akan disiarkan pada Rabu, 24 Jun ini jam 9:00 malam di TV2 dan RTMKlik.

Anak Bapak

Waktu Siaran: Rabu, 24 Jun 2026, 9:00 malam
Rangkaian: TV2 / RTMKlik
Penulis Skrip: Rosmadewi Zin
Pengarah: Abd Latif Ismail
Produksi: Regal International Network
Pelakon: Wafariena Roslan, Ruzaidi Abd Rahman, Nafiz Muaz, Mas Anizan, Rahim Omar

Sinopsis Anak Bapak

Pak Daud seorang yang garang dan panas baran. Banyak sudah orang kampung menjadi mangsa Pak Daud. Dia yang telah kehilangan isteri tinggal dengan satu-satunya anak perempuannya, Alia. Alia pula yang telah meningkat dewasa teringin untuk bersosial seperti kawan-kawannya yang lain namun selalu dikongkong oleh Pak Daud dan ini membuatkan lelaki lain berfikir dua kali sebelum ingin berkawan dengan Alia. Haris merupakan anak saudara Pak Hasan dan dia berhijrah dari Kuala Lumpur dan ingin memulakan kehidupan di kampung. Dia menyukai Alia namun harus berhadapan dengan Pak Daud.