Drama Dear Farris

Dear Farris

Saksikan drama Dear Farris diadaptasi daripada novel Bella Irdina Temptation karya Roses Orkeds bakal ditayangkan secara eksklusif di Tonton bermula 18 April 2026 setiap Sabtu dan Ahad. Drama arahan Azhar Khalid ini menampilkan barisan pelakon seperti Siti Hariesa, Noki K-Clique, Nabil Aqil, Ruhainies dan Noniswara. 

Dear Farris

Episod: 13
Tarikh Tayangan: 18 April 2026
Waktu Siaran: Sabtu & Ahad
Platform Penstriman: Tonton
Penulis Skrip: Shida Zali, Eja Lorena, Amin Shakib, Raja Azidah
Pengarah: Azhar Khalid (Apache?
Produksi: Million Pictures

Watak Pelakon
Siti Hariesa sebagai Bella Irdina
Noki K-Clique sebagai Syed Farris
Ruhainies sebagai Hanna
Nabil Aqil sebagai Asyraf
Noniswara sebagai Datin Afifah 
Faizul Syaharin sebagai Datuk Arshad
Puteri Lofea sebagai Armell
Zarrin sebagai Irham
Carissa  Azhar sebagai Emily
 
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Janjiku Padamu
Penyanyi: Zahra
Komposer & Lirik: Amsyar Sabri & Emeer Bakri
 

Sinopsis Dear Farris

Mengisahkan Syed Farris yang pernah melalui pengalaman pahit dalam percintaan sehingga membuatkan dia menutup pintu hati sepenuhnya. Berbeza dengan Bella Irdina yang masih percaya pada kekuatan cinta sejati untuk mengubah kehidupan.

Pertemuan mereka yang singkat menimbulkan perasaan yang sukar dijelaskan, sebelum takdir menemukan mereka kembali sebagai pasangan suami isteri menerusi perkahwinan yang diatur keluarga. Namun, Farris tetap menolak untuk membuka hati dan berpegang pada prinsip bahawa cinta bukan lagi untuk dirinya.

Tidak berputus asa, Bella terus berusaha dengan penuh kelembutan untuk menambat hati suaminya yang dingin dan penuh luka, walaupun terpaksa berdepan pelbagai cabaran yang menguji emosi dan harga dirinya.

Kisah dua jiwa dengan pandangan berbeza tentang cinta ini mengundang persoalan, mampukah mereka menemukan titik persefahaman sebelum semuanya terlambat?