
Saksikan telefilem 30 Juzuk Terakhir akan disiarkan pada Ahad, 28 Disember ini pukul 9 malam di aplikasi Alhijrah Plus.
30 Juzuk Terakhir
Waktu Siaran: Ahad, 28 Disember 2025, 9.00 malam
Platform Penstriman: Alhijrah Plus
Penulis Skrip: Shaza Talib
Pengarah: Jurey Rosli
Produksi: World Evolution Brain Sdn Bhd
Pelakon: Nasuha Sulaiman, Fadilah Mansor, Syafie Naswip, Ezlisa Loy, Umar Ali Syakur
Sinopsis 30 Juzuk Terakhir
Sebuah kisah pengorbanan, cinta seorang anak, dan kalam suci yang menjadi saksi keikhlasan. Syaqirah, seorang pelajar universiti dan hafizah yang menulis semula Al-Quran ayat demi ayat sebagai hadiah buat ibunya yang semakin uzur.Namun takdir mendahului segalanya. Naskhah itu akhirnya menjadi wasiat, meninggalkan keinsafan yang meresap ke dalam setiap hati.