Drama Satu, Dua...Dia?

Satu Dua Dia

Nantikan drama bersiri Satu, Dua...Dia? bakal ditayangkan di platform penstriman Viu bermula 23 Oktober 2025. Drama ini diarahkan oleh Yusry Abdul Halim terbitan Global Station Sdn Bhd. Menampilkan pelakon utama Erysha Emyra, Ariel Fesol, Zarif Ghaz, Afiq Hamidon dan Rizal Rasid.
 
Saksikan siri 15 episod 'Satu, Dua...Dia?' pada setiap Khamis dan Jumaat di Viu. Muat turun aplikasi Viu di App Store, Google Play, Huawei AppGallery, atau tonton terus di www.viu.com.

Satu, Dua...Dia?

Episod: 15
Mula Tayangan: 23 Oktober 2025
Hari Siaran: Khamis & Sabtu
Platform Penstriman: Viu
Penulis Skrip: Liza Nur & Syarul Akmal
Pengarah: Yusry Abdul Halim
Produksi: Global Station Sdn Bhd

Watak Pelakon 
Erysha Emyra sebagai Mia
Ariel Fesol sebagai Isa / Haikal
Zarif Ghazzi sebagai Jay
Afiq Hamidon sebagai Rayyan
Rizal Rasid sebagai Mal
Fimie Don sebagai Isaac
Nasz Sally sebagai Munirah
Atilia Haron sebagai Rania
Arash Mohd sebagai Syed
Qistina Khaled sebagai Anis
Rasya Dean sebagai Sarah
Malle Christian sebagai Jaja

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Bujang
Artis: Alpha 
Komposer: MFMF, Hael Husaini
Lirik: MFMF, Hael Husaini

Sinopsis Satu Dua Dia

Kisah Mia (Erysha Emyra), pelajar kolej yang mempunyai identiti rahsia sebagai penulis blog gosip terkenal “Ma Belle”.

Demi mengejar klik dan perhatian dunia maya, Mia menulis artikel panas tentang Isa (Ariel Fesol), vokalis utama kumpulan RIV4L.

Namun, tindakan itu memakan diri bila Isa mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. Dalam usaha menebus kesilapan, Mia menyusup masuk ke dunia RIV4L untuk membersihkan nama lelaki itu.

Tanpa diduga, dia mula mengenali sisi sebenar Isa, seorang bintang yang menyimpan rahsia besar yang mampu menghancurkan kariernya sendiri.