
Nantikan filem seram terbaharu terbitan Astro Shaw bersama Infinitus Gold berjudul Malam Terlarang bakal ditayangkan di pawagam pada 30 Oktober 2025. Filem ini diarahkan oleh Nurhanisham Muhammad, menampilkan barisan pelakon seperti Zul Ariffin, Shasha Abedul, Sofea Jane, Aila Azizul, Sabri Yunus dan ramai lagi.
Malam Terlarang
Genre: Seram
Tarikh Tayangan: 30 Oktober 2025
Penulis Skrip: Hazo Mahayuddin, Nazifdin Nasrudin, Haris M. Nor
Pengarah: Norhanisham Muhammad
Produksi: Astro Shaw Sdn Bhd & Infinitus Gold Sdn Bhd
Watak Pelakon
Zul Ariffin sebagai Omar
Shasha Abedul sebagai Mawar
Sofia Jane sebagai Sarimah
Aila Azizul sebagai Safar
Sabri Yunus sebagai Haji Mokhtar
Normah Damanhuri sebagai Mak Noni
Hasnul Rahmat sebagai Haji Wahid
Haneesya Hanee sebagai Pamakbul
Amir Nafis
Sadiq M. Jamil
Sinopsis Malam Terlarang
Mengisahkan Mawar, gadis berusia 18 tahun yang terpaksa menangguhkan impiannya sebagai wartawan demi menjaga ibunya, Sarimah, dengan bantuan kakak tirinya, Safar. Namun segalanya berubah selepas kematian mengejut dalam keluarga mereka membawa kepada gangguan makhluk misteri yang memaksa Mawar menyiasat rahsia di sebalik tragedi itu.
Dalam masa sama, bapanya Omar sibuk dengan kempen politik bagi menggulingkan ketua partinya, Haji Wahid. Ketika penyiasatan semakin dalam, Mawar berdepan kejadian paranormal mengerikan yang dipandang remeh oleh ahli keluarganya. Akhirnya, dia dan bapanya perlu berhadapan musuh sebenar untuk membebaskan diri daripada kuasa gelap yang menghantui hidup mereka.