Telefilem Aku & Tunku

Aku & Tunku

Saksikan telefilem khas Hari Malaysia berjudul 'Aku & Tunku' akan disiarkan pada Jumaat, 12 September pukul 9:30 malam di TV Okey dan RTMKlik.

Aku & Tunku

Waktu Siaran: Jumaat, 12 September 2025, 9:30 malam
Rangkaian: TV Okey / RTMKlik
Penulis Skrip: Ayuni Zamani 
Pengarah: Mohamad Ridzuan Mat Hussin (Wan Cromox)
Produksi: Insular Challenge Sdn Bhd
Pelakon: Richard Hanafi, Nazeera Sardi, Adam Tay, Kuna Muzani, Fattah Ali, Nik Ramly

Sinopsis Aku & Tunku

Mengisahkan tentang seorang pelajar yang dipaksa berlakon dalam Pementasan Hari Merdeka dan mendapati dirinya di bawa ke masa lampau.

Berkisarkan Rombongan Merdeka yang kembali ke Tanah Melayu dari London pada 16 Februari 1956 dan tiba di Singapura pada tengah malam 19 Februari 1956.

Tunku membuat keputusan untuk tidak terus pulang ke Kuala Lumpur pada keesokan harinya, sebaliknya memutuskan untuk singgah ke Melaka terlebih dahulu bagi mengumumkan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu.

Pada keesokannya pada 20 Februari 1956, sejarah tercipta di bumi Melaka apabila rombongan Merdeka ini bertolak ke Melaka dan tiba di Lapangan Terbang Batu Berendam dengan menaiki pesawat Malayan Airways dan disambut dengan begitu meriah oleh pelbagai lapisan masyarakat.