Skuad Apartmen Putra : Misi Cinta Merdeka

Skuad Apartmen Putra Misi Cinta Merdeka

Saksikan telefilem "Skuad Apartmen Putra: Misi Cinta Merdeka" yang bakal disiarkan pada 25 Ogos ini jam 9 malam di TV2 dan RTMKlik.

Skuad Apartmen Putra Misi Cinta Merdeka

Waktu Siaran: Isnin, 25 Ogos 2025, 9:00 malam
Rangkaian: TV2 / RTMKlik
Penulis Skrip: 
Pengarah: Rohayu Abdul Wahab
Produksi: Unit Drama TV RTM

Watak Pelakon 
Jiggy Masin sebagai Jaafar 
Elly Ariffin sebagai Elly
Atu Zero sebagai Ba
Mamak Puteh sebagai Subadron
Dewa Sapri sebagai Uncle Joe
Zulin Aziz sebagai Julia
Norkhiriah sebagai Kak Nor
Kenchana Dewi sebagai Puan Mala
Angeline Tan sebagai Maria
Faha Azhar sebagai Kapten Zam

Sinopsis Skuad Apartmen Putra : Misi Cinta Merdeka

Mengisahkan tentang kisah seorang penyelia bangunan sebuah apartmen nekad melamar kekasihnya tetapi hasratnya terbantut apabila ayahnya tiba-tiba menghilangkan diri bersama wanita misteri disebuah pusat peranginan. Situasi itu memaksa dia dan kawan-kawan apartmennya memulakan misi penyiasatan hingga menemui pendedahan yang mengejutkan. 

Di Apartmen Putra, Jaafar seorang penyelia bangunan. Dia mempunyai satu misi iaitu mahu melamar kekasihnya, Elly. Namun segalanya porak-peranda apabila ayahnya, Uncle Joe menentang hasrat tersebut dan tiba-tiba menghilangkan diri bersama seorang wanita misteri ke sebuah ke pusat peranginan. Cemas dan keliru, Jaafar bersama Skuad Apartmen Putra paling huru-hara. Ba si propman dari Sabah, Subadron si penganggur penuh mimpi, Kak Nor si sekuriti berjiwa besi, Julia si penjaga kedai mencari jodoh, dan Elly si barista kekasih hati memulakan “Misi Cinta Merdeka”. Satu pencarian yang penuh penyamaran, komedi, dan momen menyentuh hati.