
Saksikan telefilem Lafaz Yang Makbul arahan Faizal Nadxaman akan disiarkan pada 12 Julai ini, Sabtu pukul 9 malam di Panggung RTM TV1.
Lafaz Yang Makbul
Waktu Siaran: Sabtu, 12 Julai 2025, 9:00 malam
Rangkaian: TV1 / RTMKlik
Idea Asal: Shahrul Azli
Skrip: Shahrul Azli & Suzanna Zaily Zin
Pengarah: Faizal Nadxaman
Produksi: Bento Culture Sdn Bhd
Pelakon: Sara Ali. Fezrul Khan. Rafique Iskandar. Zarynn Min. Hazrat Muaz, Shawal Osman, Sher Sar, Arisya Nazira, Muhammad Syazwan Iqbal, Norfazilah Zainudin
Sinopsis Lafaz Yang Makbul
Hanum, ibu tunggal yang menjual bunga kantan, membesarkan anaknya Rizky yang minat bola sepak. Kehidupan mereka berubah apabila ayah kandung Rizky, Dato' Ma'mor, muncul dan menuntut hak penjagaan. Rizky memilih tinggal dengan ayahnya yang kaya, membuatkan Hanum sedih.