Hilang Dalam Rindu

Hilang Dalam Rindu

Drama Hilang Dalam Rindu merupakan adaptasi novel 'Hilang' karya Mia Azwari bakal menghiasi slot Samarinda TV3. Diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd dan diarahkan oleh Along Kamaludin. Menggandingkan Tracie Sinidol, Jazmy Juma, Qistina Rania dan Zarif Ghazzi. Hilang Dalam Rindu akan bersiaran mulai 17 Julai 2025, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di TV3, atau strim episod baharu 24 jam lebih awal melalui Tonton.

Hilang Dalam Rindu

Episod: 20
Tarikh Tayangan: 17 Julai 2025
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Saluran: TV3
Platform Penstriman: Tonton
Penulis Novel: Mia Azwari
Penulis Skrip: Rehal Nuharis
Penulis Novel: Mia Azwari
Pengarah: Along Kamaludin
Produksi: Suhan Movies & Trading Sdn Bhd

Watak Pelakon 
Tracie Sinidol sebagai Aira Nadira
Jazmy Juma sebagai Nadim Eijaz
Qistina Rania sebagai Hannah
Zarif Ghazzi sebagai Sarip
Nina Smith sebagai Teha
Sera Melissa sebagai Nurul
Jalaludin Hassan sebagai Datuk Mukhriz
Shaharuddin Thamby sebagai Datuk Ehsan
Fadilah Mansor sebagai Tok Wan
Ayu Azlina sebagai Datin Hamidah

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Lebih Indah Berpisah
Penyanyi: Bella Astillah, Ade Govinda

Sinopsis Hilang Dalam Rindu

Aira Nadira (Tracie Sinidol), yang kehilangan ingatan, cuba menjejaki semula masa lalunya. Dia tidak mengingati sepuluh tahun terakhir dalam hidupnya, dan lebih membingungkan, dia kini bergelar isteri kepada Nadim Eijaz (Jazmy Juma), lelaki yang langsung tidak menunjukkan sebarang kasih padanya.

Berlatarkan konflik rumah tangga, kisah Aira perlahan-lahan terungkap melalui serpihan memori, hubungan beracun dengan adik iparnya dan satu rahsia besar yang menjadikan perkahwinan itu berlaku bukan atas dasar cinta, tetapi agenda peribadi. Ketika benih cinta mula tumbuh dalam situasi yang serba kabur, Aira terpaksa berdepan dengan kebenaran paling pahit, dan harus memilih sama ada untuk bangkit menentang perkara yang membentuk lukanya sebelum ini, atau berdamai dan membuka lembaran baharu.

Siapa sebenarnya Aira yang dikenali orang ramai sebelum ini? Dan apakah yang telah dia lakukan hingga ramai membencinya, meskipun di saat paling rapuh, ketika dia tidak berupaya mengingati banyak benda?