Sinopsis Filem Misteri Fraser 1910

Misteri Fraser 1910

Filem Misteri Fraser 1910 mengangkat kisah kehilangan Louis James Fraser, seorang peneroka dari Scotland yang namanya terpahat sebagai pengasas pusat peranginan terkenal Bukit Fraser. Filem genre seram yang menggabungkan sejarah, drama dan unsur mistik. Diterbitkan oleh Millionaire Film Production Sdn Bhd, menampilkan lakonan Josiah Hogan sebagai watak utama Louis James Fraser bersama Amai Kamarudin, Siti Hariesa, Isyariana dan ramai lagi. Misteri Fraser 1910 bakal ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 26 Jun 2025.

Misteri Fraser 1910

Genre: Seram
Tarikh Tayangan: 26 Jun 2025
Karya Asal: Elani Aidid
Pengarah: Shuhaimi Zulkefli
Produksi: Millionaire Films Production 

Watak Pelakon
Josiah Hogan sebagai Louis James Frase
Siti Hariesa sebagai Isyani
Amai Kamarudin sebagai Asan
Isyariana sebagai Wati
Erry Putra sebagai Insp. Khalid
Datuk Rahim Razali sebagai Asan tua

Lagu Tema (OST)
Sampai Waktu - Marsha Milan

Sinopsis Misteri Fraser 1910

Mengisahkan Mr Fraser yang membuka Bukit Fraser pada 1890 dan mendapat kekayaan hasil dari perlombongan bijih timah, lalu membangunkannya menjadi pusat bandar dan pertemuan sosial warga elit terutamanya Tentera British.

Mr Fraser melantik Asan orang kepercayaannya sebagai pengurus. Asan tinggal bersama isterinya, Wati di kuarters pekerja.

Secara tiba-tiba pada 1910, Mr Fraser hilang secara misteri dan meninggalkan seribu teka-teki kerana banglo serta perniagaannya ditinggalkan begitu sahaja.

Dengan kehilangan Mr Fraser, Asan dipertanggungjawabkan menjaga perniagaan majikannya itu. Kemudian, Asan bersama isterinya berpindah ke banglo milik Mr Fraser.

Bagaimanapun, sejak berpindah berlaku pelbagai kejadian mistik yang membuatkan Wati sering meracau dan dirasuk.