Sinopsis Filem Kulit Wayang

Kulit Wayang

Saksikan Kulit Wayang, sebuah filem seram psikologi arahan pengarah tersohor tanah air, Dain Said, yang akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 1 Mei 2025.
 

Kulit Wayang

Episod: Seram
Tarikh Tayangan: 1 Mei 2025
Penulis Skrip: Dain Said, Ben Omar, Nandita Solomon
Pengarah: Dain Said
Produksi: Mico Studio Sdn Bhd

Watak Pelakon
Fattah Amin sebagai Pak Lee
Pekin Ibrahim sebagai Pak Wana
Reynavenzka Deyandra sebagai Dian
Jenna Kamaratih sebagai Dewi
Ezzaty Abdullah sebagai Mak Su
Amanda Ang sebagai Mak Ta
Wan Zulkifly sebagai Pak Roni
Zul Amir sebagai Tok Penghulu

Sinopsis Kulit Wayang

Berlatarbelakangkan sebuah kampung terpencil sekitar tahun 1980-an, mengisahkan tentang Pak Lee, seorang tok dalang terkenal yang hidupnya berubah sepenuhnya selepas kehilangan tragis anak perempuannya, Ayu. Kehidupannya yang sebelum ini dipenuhi dengan seni dan budaya kini dihantui trauma dan misteri. Kehadiran seorang penyelidik luar dari Indonesia, Dian, bersama anak perempuannya, Dewi, membuka lembaran baharu dalam penceritaan apabila mereka mula menyedari wujud rahsia-rahsia gelap yang tersembunyi di kampung tersebut. Penduduk percaya bahawa buaya menjadi punca utama di sebalik tragedi ngeri itu, namun Pak Lee yang tidak berpuas hati mula menjejaki kebenaran dan identiti sebenar pembunuh anaknya.