Drama Deejay Kampung

Deejay Kampung

Nantikan drama komedi 'Deejay Kampung' akan disiarkan bermula 4 November 2025 pada setiap Isnin dan Selasa pukul 8 malam di TV2 dan RTMKlik. Drama arahan Aidilfitri Mohamed Yunos ini dibintangi oleh Din Latah, Azhan Rani, Norreen Iman dan Najua P. Ramlee.

Deejay Kampung

Episod: 13
Tarikh Tayangan: 4 November 2025
Waktu Siaran: Isnin & Selasa, 8:00 malam
Rangkaian: TV2 / RTMKlik
Pengarah: Aidilfitri Mohamed Yunos
Produksi: Tsar Asia Sdn Bhd

Watak Pelakon
Din Latah sebagai Kasman
Azhan Rani sebagai Jamil
Norreen Iman sebagai Orin
Najua P. Ramlee sebagai Oyah
Qaid Aqwa sebagai Ariff

Sinopsis Deejay Kampung

Kasman, seorang pengendali jentera padi, mencari pendapatan tambahan dengan menjadi DJ kampung. Hobi sambilan ini berubah menjadi kerjaya tetap apabila khidmatnya mendapat sambutan hangat. Dari majlis berkhatan hingga karaoke bergerak, Kasman menghadapi pelbagai situasi lucu sambil cuba menyeimbangkan keluarga dan kerjayanya yang semakin sibuk.