Saksikan drama pendek 'Persis Boneka' lakonan Qasrina Karim dan Fazziq Muqris mulai 19 Disember 2024 di Viu. Strim episod baharu setiap hari jam 12 tengahari di aplikasi Viu. Catch-up episod sehari selepas jam 6 petang di TikTok @ViuMalaysia atau Instagram @viuminiseries.
Persis Boneka
Episod: 20
Tarikh Tayangan: 19 Disember 2024
Platform Digital: Viu / TikTok ViuMalaysia / Instagram Viu Mini Series
Idea Asal: Faiz Munir
Penulis Skrip: Liza Nur
Pengarah: Hadith Omar
Produksi: Global Station Sdn. Bhd
Watak Pelakon
Qasrina Karim sebagai Ana
Fazziq Muqris sebagai Adam
Elyshia Abegail sebagai Arisa
Nina Juren sebagai Fatin
Zarif Ghaz sebagai Juan
Sinopsis Persis Boneka
Ana (Qasrina Karim), seorang pelajar fesyen, sangat obses dengan mengumpul barang-barang lama, hingga keluarganya sering memanggilnya sebagai seorang pengumpul tegar. Keadaan menjadi lebih buruk apabila teman lelakinya yang lama, Juan, mengkhianati Ana setelah bertahun-tahun bersama, dengan alasan dia tidak lagi mencintainya.
Hidup Ana berubah secara mendadak apabila dia terjumpa sebuah patung lama dari tempat pembuangan sampah dan menamakannya Adam. Yang mengejutkan, patung itu tiba-tiba hidup dan berubah menjadi manusia. Adam mendedahkan bahawa dia hanya mempunyai tujuh hari untuk menjalani kehidupan sebagai manusia, dan kehadirannya mula mengubah perspektif Ana. Dengan bantuan Adam, Ana mula merasai kembali cinta — bukan untuk Juan, tetapi untuk Adam.
Namun, masa semakin singkat, dan misteri di sebalik kewujudan Adam perlu dirungkai sebelum segalanya berakhir. Adakah hubungan ini hanya sementara, atau permulaan bab baru dalam hidup Ana?