
Saksikan filem aksi komedi terbaharu berjudul KLEPET, terbitan Wawa Global Sdn Bhd diarahkan oleh Indra Putra (Sanji) bakal menemui penonton di pawagam bermula 27 November 2025. Dibintangi oleh Aedy Asyraf, Meerqeen, dan Nadhir Nasar sebagai teraju utama.
Klepet
Genre: Aksi, Komedi
Tarikh Tayangan: 27 November 2025
Penulis Skrip: Baitem Smikxa & Zint
Pengarah: Indra Putra (Sanji)
Produksi: Wawa Global Sdn Bhd
Watak Pelakon
Aedy Ashraf sebagai Pali
Nadhir Nasar sebagai Jani
Meerqeen sebagai Wadi
Eric Fuzi sebagai Jud
Joey Daud sebagai Yak
Namie Smy sebagai Rawi
Adlin Aman Ramlie sebagai Lawi
Darina Porhun sebagai Lola
Hun Haqeem sebagai Sawi
Aeril Zafrel sebagai Hitman
Wawa Zainal sebagai Wawa
Dalimawati sebagai Rora Mandoza
Fadhli Masoot sebagai Dr Jebat
Arfi Shah sebagai Arfi
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Lipat
Artis: Budak Nakal Hujung Simpang
Komposer: Syed H Daniel, Amirul Hakim, Fiffi Dylan
Lirik: John Bear
Sinopsis Klepet
mengisahkan Tiga orang sahabat Pali, Jani dan Wadi yang sedang menikmati percutian mereka bersama-sama Kumpulan Motorhome menjadi huru-hara dengan kedatangan Lola iaitu seorang gad raine yang melarikan diri daripada kumpulan penculikan (scammer) iaitu Yak dan Jud.Lo la dipukul pengsan oleh Pali kerana terkejut melihat kelibat Lola yang dipenuhi darah.
Dalam masa yang sama seorang pemain saksofon istimewa turut menyertai Pali, Jani dan Wadi yang telah ditinggalkan oleh band-nya. Hajat Pali untuk menyelamatkan Lola dengan membawa Lola ke klinik tidak dipersetujui oleh Wadi.
Keadaan menjadi lebih teruk lagi apabila mereka terlanggar Hitman iaitu pembunuh misteri yang membawa wang tunai yang sangat banyak. Pali terlihat wang itu lalu mencurinya dan menyimpannya di dalam Motorhome mereka, ketika Hitman sedar dia mendapati wangnya dicuri oleh pemilik Motorhome tadi. Kini Pali, Jani dan Wadi diburu pula oleh Hitman.
Kerana takut dikesan mereka bertiga bercadang mencuci wang tersebut kepada seorang ketua sindiket haram iaitu Lawi. Namun keadaan menjadi huru hara kerana Wadi dan Jani telah salah memberi wang tersebut kepada orang yang salah. Dalam masa yang sama Lola tersedar dan melarikan Motorhome mereka.
Sehingga kesemua watak bertemu di antara mereka lalu bermula adegan kejar mengejar Motorhome tersebut. Hitman, Yak dan Jud. Rawi, Pali, Jani, Wadi dan Alfi mula mengejar Lola. Setiap da mereka mempunyai matlamat masing-masing.
Dapatkan Pali, Jani dan Wadi mengejar Lo untuk mengambil semula Motorhome mereka?