Filem Saka Perawan

Saka Perawan

Ahmad Idham kembali dengan filem komedi seram terbaharu arahannya, Saka Perawan yang bakal menjejaki pewarisnya di pawagam bermula 27 Jun 2024.

Saka Perawan

Genre: Komedi, Seram
Tarikh Tayangan: 27 Jun 2024
Penulis Skrip: Panel Skrip GBSSB
Pengarah: Dr. Ahmad Idham
Produksi: Grand Brilliance Studio & Primeworks Studios

Barisan Pelakon
Sophia Albarakbah
Isyariana
Nelissa Nidzam
Fauziah Naw
Azlee Senario
Yassin Senario
Afieq Shazwan
Eizlan Yusof
Wilma Muhammad
Zalif Sidek
Mamak Puteh

Sinopsis Saka Perawan

Mengisahkan tentang misteri di sebalik penyakit misteri nenek yang berusia 80 tahun telah membuatkan anak-anaknya menjadi bingung. Setiap kali selepas Maghrib, keadaan nenek akan merosot dan nazak, tetapi sebaik sahaja mencapai pukul 5 pagi, keadaannya kembali normal dan hanya terbaring di katil. Sudah hampir sebulan nenek terbaring sakit dan doktor perubatan juga tidak mempunyai jawapan untuk penyakit misteri nenek ini.

Ternyata, akibat perbuatan lampau nenek, beliau yang berada di ambang kematian dan saka yang dimiliki oleh nenek perlu diturunkan kepada cucu perempuan yang masih perawan sebelum nenek meninggal dunia. Jadi, apakah pengakhiran cerita di sebalik penyakit misteri nenek ini, dan adakah nenek berjaya menjejakkan pewaris Saka Perawan ini?