Perempuan Paling Merana

Perempuan Paling Merana

Saksikan Perempuan Paling Merana lakonan Mimi Lana, Fikry Ibrahim dan Zamarul Hisham di Tonton mulai 5 Jun 2024.

Perempuan Paling Merana

Tayangan di Tonton: 5 Jun 2024
Pengarah: Syed Fariz
Produksi: Anomalous Films

Barisan Pelakon
Mimi Lana sebagai Saleha
Fikry Ibrahim sebagai Amir
Zamarul Hisham sebagai Pak De’
Puteri Rayyana Rayqa sebagai Nurain
Zarina Zainuddin
Husna Mustaffa
Nizam Kama

Sinopsis Perempuan Paling Merana

Saleha (Mimi Lana) adalah isteri kepada seorang ahli perniagaan berjaya iaitu Amir (Fikry Ibrahim). Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Nurain (Puteri Rayyana Rayqa) sepanjang 8 tahun membina mahligai bahagia. Amir merupakan seorang suami yang penyayang dan warak. Segala keperluan seorang isteri dipersiapkannya.

Malah, Saleha yang dikahwininya pula adalah seorang wanita yang berpegang teguh kepada agama dan merupakan sukarelawan NGO (Non-governmental Organization) untuk mengisi masa senggangnya. Di samping itu, Saleha bertuah kerana mempunyai keluarga mertua yang sangat baik, lebih-lebih lagi ibu mertuanya (Zarina Zainudin) yang sangat menyayangi dirinya dan menganggap Saleha seperti anaknya sendiri memandangkan Saleha adalah anak yatim.

Pada suatu hari, keluarga Amir membuat majlis kesyukuran untuk menyambut kepulangan Pak De’ (Zamarul Hisham) setelah lama merantau. Pak De’ adalah adik angkat arwah bapa Amir yang telah dianggap ahli keluarga rapat oleh seluruh keluarga Amir. Tetapi sejak Amir dan Saleha berkahwin, tidak pernah sekali pun Saleha berjumpa dengan Pak De’ sehinggalah pada hari majlis kesyukuran tersebut.

Ketika majlis berlangsung Saleha ternampak satu susuk tubuh yang seperti sangat dikenalinya yang sudah lama dia tidak berjumpa. Saleha merasa cemas kerana lelaki itu merupakan seseorang yang datang dari masa silamnya. Adakah kehadiran Pak De’ bakal menghantui kehidupan dan kebahagian Amir dan Saleha?

Perempuan Paling Merana