Drama Dedaun Hijau Di Angin Lalu

Dedaun Hijau Di Angin Lalu

Nantikan drama adaptasi novel Dedaun Hijau Di Angin Lalu karya Manaf Hamzah akan datang di slot MegaDrama Astro Ria. Drama terbitan SR One Sdn Bhd diarahkan oleh Jamal Khan. Menampilkan Harissa Adlynn dan Redza Rosli sebagai pelakon utama.

Saksikan Dedaun Hijau Di Angin Lalu disiarkan pada 1 Julai 2024, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria dan strim di Astro GO atau Sooka.

Dedaun Hijau Di Angin Lalu

Episod: 24
Tarikh Tayangan: 1 Julai 2024
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam 
Rangkaian: Megadrama Astro Ria / Astro GO / Sooka
Penulis Skrip: Wan Mahani Wan Hassan
Pengarah: Jamal Khan
Produksi: SR One Sdn Bhd

Watak Pelakon
Harissa Adlynn Halim sebagai Intan Samad
Redza Rosli sebagai Assad Effendi
Kael Noah sebagai Ismadi
Saidah Kamarudin sebagai Rubiah
Faye Kusairi sebagai Jamaliah / Kak Lia
Razman Mahayuddin sebagai Suratman
Aleza Shadan sebagai Marina
Esma Dainal sebagai Khairuddin
Wanns Ahmad
Idzham Ismail

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Adakah Kau Pasti 
Penyanyi: Keka Nizam 
Komposer: Ippo Hafiz
Lirik: Ippo Hafiz 

Sinopsis Dedaun Hijau Di Angin Lalu

Mengisahkan tentang Intan Samad (Harissa Adlynn) yang terpaksa menjalani kehidupan yang penuh derita. Intan bagaimanapun terpaksa berkahwin dengan seorang doktor muda, Assad Effendi (Redza Rosli) gara-gara satu kejadian malang.

Intan mengimpikan dia akan hidup bahagia bersama suaminya tetapi sebaliknya terjadi. Perasaan dendam dan tidak puas hati Assad tiba-tiba hilang apabila melihat isterinya berterusan dan tetap tabah menghadapi segala perlakuan kasar yang diberikan kepadanya.

Kerana ego Assad, dia masih mahu memendam perasaannya. Kesabaran Intan ada hadnya. Dia melarikan diri dari suaminya. Adakah Assad berjaya mendapatkan hati Intan kembali atau Assad akan hilang Intan selamanya?

Sinopsis Novel Dedaun Hijau Di Angin Lalu

Intan dibesarkan dalam suasana penuh ranjau di sebuah pulau. Kelahirannya diselubungi tanda tanya. Dia dipandang hina oleh orang kampung kerana dianggap seorang anak luar nikah. Namun Intan sentiasa bersabar dan terus berusaha untuk menjadi seorang yang mempunyai pekerti yang baik.

Assad pula seorang doktor muda yang berasal daripada keluarga berada di tanah besar. Sungguhpun begitu, dia sering berhadapan dengan tipu daya sehingga dia tidak mudah mempercayai ketulusan hati orang lain dan adakalanya dia memilih untuk bersikap sinis, hingga ada yang terluka dan kecewa.

Takdir telah menemukan dua insan yang datang daripada berlainan arah. Malangnya, pertemuan itu dinodai fitnah orang. Intan dan Assad dipaksa bersatu dalam ikatan perkahwinan yang tidak diingini.

Lantaran itu Assad meragui ketulusan isterinya, dia menganggap Intan hanya layak dilayan seperti orang gaji.

Sedangkan Intan yang serba naif tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri sebaik mungkin. Begitulah kehidupan mereka suami isteri. Dalam kelam-kabut, musuh Assad pula berusaha memasukkan jarum halusnya.

Dan kehidupan Intan terus dilanda dengan pelbagai rintangan dan bahaya yang mampu menggugat kemampuannya. Dapatkah dia bertahan demi mengecap kebahagiaan yang diimpikan? Atau dia akan rebah jua dan hilang pertimbangan? Berapa lamakah dia sanggup menerima layanan buruk suaminya? Dan selama manakah mampu suaminya membina benteng keegoan diri?