Drama Sebiru Hujung Borneo

Sebiru Hujung Borneo

Jangan lupa saksikan drama bersiri 'Sebiru Hujung Borneo' pada setiap Isnin hingga Jumaat mulai 28 March 2024 jam 9:00 malam di TV Okey.

Sebiru Hujung Borneo

Episod: 20
Tarikh Tayangan: 28 March 2024
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 9:00 malam
Rangkaian: TV Okey / RTMKlik
Penulis Skrip: Marlin Brando
Pengarah: Marlin Brando
Produksi: AJ Productions Sdn Bhd

Watak Pelakon
Tati Eliana sebagai Kilina
Azam Pitt sebagai Arman
Dayang Areeda sebagai Tasha
Sabhi Saddi sebagai Edry
Fauziah Nawi sebagai Hajah Rohana
Jalaludin Hassan sebagai Datuk Omar
Awang Karim Kadir sebagai Gundarom
Enn Xaviera sebagai Rina
Ray Ridzuan sebagai Ray
Rosario Bianis sebagai Rozana

Sinopsis Sebiru Hujung Borneo

Mengisahkan tentang seorang gadis Rungus dari Simpang Mangayau Kudat (Tip Of Borneo) bernama (Tati Eliana Tonny) yang bercita-cita menjadi seorang penyanyi. Kilina menyertai pencarian Bakat Bintang Kudat untuk mengejar cita-citanya menjadi seorang penyanyi.

Kilina lari dari rumah panjang untuk mengejar impiannya di Kuala Lumpur. Malangnya, Kilina hamil dan ditinggalkan Edry (Sabhi Saddi). Kilina kembali ke Simpang Mangayau untuk tebus kesilapannya. Bag menutupi keterlanjurannya, Kilina menipu bapanya Gindarom (Awang Karim Kadir) dengan mngatakan dia sudah berkahwin dan suaminya akan datang kemudian di rumah panjang.

Arman (Azam Pitt) pemuda dari Kuala Lumpur mahu jadikan perkahwinannya dengan Rina (Enn Xaviera) sebagai hadiah kepada Hajah Rohana (Datuk Hjh Fauziah Nawi) nenek kesayangannya sebelum Hajah Rohana menutup mata. Malangnya, Rina tinggalkan Arman pada hari photoshoot pre wedding mereka di Simpang Mangayau.

Semasa bergegas ke Kudat mencari Rina. Arman tersesat di rumah panjang. Gindarom menyangka Arman adalah suami Kilina lalu arahkan keluarganya membuat majlis menyambut Arman. Saat Arman buka mulut untuk nyatakan hal sebenar. Saat itu Arman dapat tahu rahsia Kilina. Kalau rahsia itu bocor, Kilina dan bayi dalam perutnya akan mati di potong-potong Gindarom.

Arman setuju tolong Kilina mengaku jadi suaminya demi bayi Kilina. Selepas seminggu, Arman pun tinggalkan rumah panjang. Tasha (Dayang Areeda) membuat panggilan dari Kuala Lumpur memberi tahu, Hajah Rohana sudah keluar wad dan esok mereka mahu ke Simpang Mangayau. Hajah Rohana tidak sabar bertemu menantunya.

Arman yang tidak pernah menghampakan neneknya berpatah balik ke rumah panjang untuk mndapatkan pertolongan Kilina agar berlakon jadi isterinya. Konflik semakin bertimpa-timpa yang akhirnya membawa Arman dan Kilina ke satu masalah besar di Simpang Mangayau iaitu isu 'Tanah Adat'.