Drama Iskandar Chempaka (TV3)

Iskandar Chempaka

Nantikan drama Iskandar Cempaka akan disiarkan di slot Lestary TV3 mulai 7 Mac 2024, setiap Khamis hingga Sabtu pukul 9 malam atau strim di Tonton. Drama bersiri terbitan Global Station diarahkan oleh Azri Izhar, menampilkan Harissa Adlynn dan Muaz Zabir sebagai pelakon utama.

Iskandar Chempaka

Episod: 13
Tarikh Tayangan: 7 Mac 2024
Waktu Siaran: Khamis - Sabtu, 9:00 malam
Rangkaian: Lestary TV3 / tonton
Penulis Skrip: Liza Nur
Pengarah: Azri Izhar 
Produksi: Global Station Sdn Bhd

Watak Pelakon
Muaz Zabir sebagai Iskandar
Harissa Adlynn Halim sebagai Chempaka
Raja Azura sebagai Naemah 
Chacha Maembong sebagai Dareena 
Alvin Chong sebagai Lex 
Nabil Aqil sebagai Nidhill
Shamsul Ghau Ghau
Lisdawati sebagai Sofia 
Steve Yap sebagau Hilman 
Shania Hendrik sebagai Zara

Lagu OST
Tajuk: Selama Berdua 
Penyanyi: Firdaus Rahmat 
Komposer & Lirik: Firdaus Rahmat, Omar K 

Sinopsis Iskandar Chempaka

Mengisahkan tentang Iskandar yang menjadi pujaan ramai, terpesona dengan gadis jirannya yang bernama Chempaka dan berusaha untuk memikat hatinya. Walaupun Chempaka juga mempunyai perasaan yang sama terhadap Iskandar, namun dia mengalami 'inferiority complex' yang menghalangnya untuk mengakuinya. 

Namun, kisah cinta mereka tetap berakhir dengan perkahwinan.  Keindahan hubungan Chempaka dan Iskandar berubah apabila Chempaka mendapati bahawa Iskandar sebenarnya adalah seorang 'anak emak'. Kehidupan pasangan ini selepas perkahwinan diatur oleh Naema, ibu kepada Iskandar. 

Chempaka terkejut dengan sikap Iskandar yang mengikut telunjuk ibunya dalam setiap hal. Naema juga bersaing dengan Chempaka dalam segala perkara, ingin membuktikan bahawa dirinya lebih bagus. 

Ketika Iskandar mengutarakan hasrat untuk berpindah rumah, Naema meluahkan rasa tidak puas hati dan menghalang perpindahan tersebut.

Iskandar Chempaka