Drama Menanti Senja (TV3)

Menanti Senja

Drama bersiri baharu 'Menanti Senja' terbitan Anomali Media & Production merupakan idea asal daripada pengarah, Faizal Nadxaman dengan nukilan skrip oleh Shaza Talib. Menggandingkan pelakon seperti Johan As’ari, Trisha Ooi, Faizal Hussein dan Khatijah Tan. Menanti Senja disiarkan mulai 17 Januari 2024, pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di slot Samarida TV3 dan strim eksklusif secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Menanti Senja

Episod: 15
Tarikh Tayangan: 17 Januari 2024
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / tonton
Idea Asal: Faizal Nadxaman
Penulis Skrip: Shaza Talib
Pengarah: Faizal Nadxaman
Produksi: Anomali Media & Production

Watak Pelakon
Johan As'ari sebagai Syukri
Trisha Ooi sebagai Sarah Adina Kamal
Faizal Hussein sebagai Kamal
Khatijah Tan sebagai Mak Milah
Hawra Jamalullail sebagai Suhana
Kodi Rasheed sebagai Zaki
Natasya Mahyan sebagai Fatimah
Sherie Merlis sebagai Khalida
Hazeeq Dean sebagai Taufiq
Syahmie Thsaqeef sebagai Epul

OST Menanti Senja
Sinar Sunyi - Hariz Fayahet
Jaga Dia  - Daniesh Suffian

Sinopsis Menanti Senja

Mengisahkan pengorbanan dan kasih sayang seorang ayah dan suami diuji apabila isteri dan anaknya dipisahkan daripadanya akibat kesalahan yang tidak dilakukannya.

Selepas ayahnya meninggal dunia, Syukri (Johan As’ari) mengambil alih tanggungjawab menjaga ibunya, Mak Milah (Khatijah Tan). Syukri membuka sebuah kedai yang menawarkan servis memperbaiki alatan elektrik / elektronik dengan sahabat baiknya, Epul. Walaupun perniagaan mereka hanya kecil-kecilan, namun ia dapat menampung keluarga masing-masing.

Kehidupan sederhana Syukri berubah selepas berkenalan dengan Sarah (Trisha Ooi), anak kepada pemilik syarikat perindustrian kayu. Mereka berkahwin dan dikurniakan dengan seorang anak perempuan, Suhana walaupun perkahwinan mereka tidak direstui oleh ayah Sarah, Kamal (Faizal Hussein).

Kamal telah menyuruh Syukri bekerja di kilangnya. Satu hari, Syukri dituduh pecah amanah. Malangnya, Syukri gagal membela diri dan dipenjarakan akibat kesalahan yang tidak dilakukannya. Setelah dibebaskan, Syukri telah bertekad untuk membersihkan namanya demi menambat hati Sarah semula dan mendapatkan hak jagaan anaknya Suhana. Adakah perjuangan cinta seorang suami dan ayah ini berpihak kepadanya?

Menanti Senja