Drama Mystic Village

Mystic Village

Saksikan siri Astro Originals baharu arahan Faizul Jais bertajuk Mystic Village sebanyak 10 episod di Astro Premier saluran 410 yang telah ditayangkan bermula 30 Oktober 2023 setiap Isnin pada pukul 9 malam.

Mystic Village

Episod: 10
Tarikh Tayangan: 30 Oktober 2023
Waktu Siaran: Isnin, 9 malam
Rangkaian: Astro Premier saluran 410
Penulis Skrip: Honey Ahmad, Bernice Low
Pengarah: Faizul Jais
Produksi: Astro Shaw & Parallax Pictures

Watak Pelakon
Gambit Saifullah sebagai Yunus Ismail
Kamal Adli sebagai Zakaria Saad
Yuna Rahim sebagai Zuleikha Amin
Hafizuddin Fadzil sebagai Ismail Kamaruddin
Fazlina Ahmad Daud sebagai Solehah Syawal
Neera Azizi sebagai Mona
Anas Ridzuan sebagai Abang Long
Mubarak Majid sebagai Pak Saad

Sinopsis Mystic Village

Mystic Village adalah sebuah drama siasatan sarat dengan elemen supernatural yang mengikuti Yunus, seorang penyiasat insurans yang menjadi ustaz selebriti apabila dia memenangi naib juara siri realiti Imam Bistari. Setelah dikecam netizen dan dia pulang ke kampung, mindanya yang sentiasa ingin tahu tidak boleh duduk diam.

Tengok-tengok penghulu dan orang kaya kampung, Pak Saad dijumpai mati dihempap khemah qurban. Maka kecohlah sekampung dengan teori yang Hantu Raya telah makan Tuannya i.e. penyebab kematian Pak Saad. Yunus yang yakin ini semua spekulasi karut terjebak dalam menyiasat apa yang sebenarnya berlaku. 

Apabila dia mendedahkan kematian itu sebagai pembunuhan dan bukan kemalangan, Yunus mula mendapat reputasi sebagai selebriti yang boleh membongkarkan misteri. Bukan sahaja seorang Imam-fluencer… tapi Imam P.I. (lagi satu gelaran yang Yunus tak tahu samada dia mahu atau tidak).

Sambil dia melayan krisis identitinya, Yunus juga perlu mencari cara untuk mesra kembali dengan ayahnya yang tidak memahami hidupnya, persahabatan baru dengan seorang pemilik gerai bermulut laser dan penghulu baru Kampung Sg. Gelik Kiri yang ingin menaikkan nama kampung dengan menggunakan selebritinya. Penghulu baru ini bercita-cita tinggi dan juga ingin mencari jodoh untuk anak teruna arwah kawan baiknya. 

Bolehkah Yunus membongkar misteri di sebalik semua kejadian-kejadian pelik di Kg. Sungai Gelik yang semakin lama makin berkait dengan ‘pembunuhan’ Pak Saad?