Misteri Roh Pulau Penunggu

Misteri Roh Pulau Penunggu

Saksikan filem bergenre seram, Misteri Roh Pulau Penunggu di Astro First saluran 480 atau di On Demand mulai 2 November 2023.

Misteri Roh Pulau Penunggu

Tarikh Tayangan: 2 November 2023
Penulis Skrip: Mimmi Mazlan
Pengarah: Shahridan Popeye
Produksi: Advanced Ideas Concept Sdn Bhd
Pelakon: Putra Amaris, Keena Mentor, Tom GV9, Erul AF9, Azlee Senario, Faizzal Gegar Lawak

Sinopsis Misteri Roh Pulau Penunggu

Mengisahkan sekumpulan pelajar dari golongan elit yang sangat sosial dan tidak begitu berminat untuk belajar. Antaranya adalah Ammar seorang remaja kolej yang suka mengkaji tentang kewujudan roh misteri pulau penunggu dan susuk penampakan. Ammar tidak mempercayai tentang kewujudan makhluk-makhluk halus yang sentiasa wujud di sekeliling manusia untuk menyesatkan mereka.

Ekpedisi mencari roh dan penampakan itu mendapat sokongan kawan-kawannya. Johan, Keena, Aida, Hezry, Faizal, Tom dan Farhan. Mereka kemudian meredah Tasik Banding dan menginap disalah sebuah pulau yang mempunyai rumah banglo lama yang terbiar.

Ketika berada dirumah itu bermulalah bermacam peristiwa kerana mereka semua sebenarnya dilarang memijak kaki di pulau tersebut yang di penuhi dengan Penunggu, hantu dan juga roh.