Filem Belang

Belang

Saksikan filem "Belang" mulai 8 November di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton.

Belang The Silent Tigers

Tarikh Tayangan: 8 November 2023
Pengarah: Arangkannal Rajoo
Pelakon: Pekin Ibrahim, Kubendran, Siti Aida, H.Baljit Singh, Ruban Dominic, Fahrin Ahmad, Mona Allen, Kenji Sawahi, Angeline Tan, Pushpa Narayan, Melissa, DJ Adam, AR Badul

Sinopsis Belang

Fahmi adalah seorang jurulatih seni pertahanan diri, Muay Thai. Usahanya untuk menghantar murid-muridnya yang pekak dan bisu bertanding di peringkat antarabangsa di Australia menjadi sukar dek kekangan kewangan. Bukan mudah untuk mendapatkan dana.

Walaupun dia telah memohon bantuan daripada pelbagai organisasi, Fahmi tetap tidak berjaya. Pada ketika dia hampir berputus asa, Fahmi telah berjumpa dengan Amin, seorang anak yatim yang pekak dan bisu. Fahmi telah mengambil kanak-kanak tersebut menjadi anak angkatnya.

Pada suatu hari, Fahmi telah menjadi saksi sebuah kejadian rompakan. Fahmi telah mendapati para perompak di situ mempunyai sebuah beg yang mengadungi sejumlah wang tunai yang banyak. Dalam pergelutan dengan kumpulan penjenayah tersebut, Fahmi telah terambil beg tersebut.

Apabila dia sedar akan hal ini, timbul rasa ingin menggunakan wang tersebut bagi menghantar murid-muridnya ke pertandingan itu.

Ketua perompak tersebut, Selva, telah menjejaki Fahmi untuk mendapatkan semula beg tersebut. Pengalaman Selva sebagai seorang bekas pegawai polis telah membantunya mencari Fahmi. Hal ini telah membahayakan bukan sahaja nyawa Fahmi seorang, malah juga ahli keluarganya.

Mampukah Fahmi menangani situasi getir ini? Bagaimanakah pula nasib anak-anak murid yang disayanginya itu?