Drama Syurga Itu Bukan Mudah

Syurga Itu Bukan Mudah

Nantikan drama rantaian 'Syurga Itu Bukan Mudah' terbitan Global Station Sdn Bhd diarahkan oleh Eyra Rahman. Menggandingkan Amir Ahnaf dan Anna Jobling selaku teraju utama.

Syurga Itu Bukan Mudah bakal menghiasi slot MegaDrama mulai 4 Disember setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (saluran 104). Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO. 

Syurga Itu Bukan Mudah

Episod: 20
Tarikh Tayangan: 4 Disember 2023
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Penulis Skrip: Liza Nur & Chinta Nadeesha
Pengarah: Eyra Rahman
Produksi: Global Station Sdn Bhd

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Boneka Tanpa Hati
Penyanyi: Nadeera
Komposer: Mas Dewangga, Jova Devito, A.Shah, Aden King
Lirik: Mas Dewangga

Watak Pelakon 
Amir Ahnaf sebagai Farid
Anna Jobling sebagai Aileen
Fadhli Masoot sebagai Arman
Alya Iman sebagai Fara
Dynas Mokhtar sebagai Umira
Dian P Ramlee sebagai Aminah
Amir Nafis sebagai Zayn
Bulan Terry sebagai Natalie
Steve Yap sebagai Musthapa Chan
Maliababy sebagai Lily
Ahmad Syafiq sebagai Engku

Sinopsis Syurga Itu Bukan Mudah

Mengisahkan tentang Aileen (Anna Jobling), wanita yang mempercayai bahawa cinta dan kesetiaan kepada suami merupakan kunci ke “Syurga”. Dia disatukan dengan Farid (Amir Ahnaf), yang digambarkan sebagai suami yang sempurna dari segi agama dan tanggungjawab keduniaan telah mula menampakkan identitinya yang disembunyikan disebalik perwatakan yang baik. 

Tingkah laku jahat Farid mengubah kehidupan perkahwinan mereka menjadi seperti “neraka” dan mendatangkan lebih banyak rintangan dan cabaran kepadanya selepas merungkai sisi gelap suaminya yang terlibat dengan sebuah kumpulan yang dipanggil ‘Alpha Male Society’.

Syurga Itu Bukan Mudah