Dialog Sesudah Senja (TV2)

Dialog Sesudah Senja

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghadirkan sebuah lagi karya baharu terbitan Unit Drama TV RTM (UDTV) khas bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia yang diraikan bulan Oktober ini. 
 
Drama pendek bertajuk “Dialog Sesudah Senja’ yang mengetengahkan pelakon utama Jay Iswazir, Fadhli Masoot, Izzendra dan Fadilah Mansor ini menemui penonton pada 25 Oktober ini, pukul 9.30 malam menerusi saluran TV2 dan boleh diikuti menerusi penstriman langsung RTMKlik.

Dialog Sesudah Senja

Waktu Tayangan: Rabu, 25 Oktober 2023, 9:30 malam
Rangkaian: TV2 / RTMKlik
Penulis Skrip: Azrie Izham
Pengarah: Danny Alamsyah
Produksi: Unit Drama TV RTM
Pelakon: Jay Iswazir, Fadhli Masoot, Izzendra, Fadilah Mansor

Sinopsis Dialog Sesudah Senja

Kisah watak pemuda bernama Hasib berasal daripada keluarga yang berantakan dan mengalami tekanan akibat perasaan serba salah melihat ibunya yang bersusah-payah berusaha memastikannya berhasil menggenggam segulung ijazah. Keadaan diburukkan lagi apabila ibunya didera oleh ayahnya yang bengis.

Sementara itu Hakim pula merupakan pensyarah di sebuah universiti dengan karier sukses tampak normal namun hakikatnya tertekan untuk terus mengekalkan momentumnya sebagai ahli akademik yang berjaya. Ini diburukkan lagi dengan keluarganya berpecah-belah apabila pilihannya terhadap kerjaya adalah lebih utama.