Cycle Uzair Cycle

Cycle Uzair Cycle

Filem Cycle Uzair Cycle diinspirasikan dari kisah seorang yang istimewa dalam menggapai impian untuk menjadi 'Youngest Super Randonneur MYS 2020 di dalam Malaysia Book Of Records. Saksikan ‘Cycle Uzair Cycle’ bermula 11 Oktober 2023 ini di Tonton.

Cycle Uzair Cycle

Tarikh Tayangan: 11 Oktober 2023
Pengarah: Zuli Ismail
Produksi: Qaisworks Production

Watak Pelakon
Al Rayyan Ho sebagai Uzair
Nadia Aqilah sebagai Hanim
Fikhree Bakar sebagai Syauqi
Aresya Rania sebagai Athirah
Syed Muhammad Baqir sebagai Uwais
Syed Ali Murthada sebagai Harith

Sinopsis Cycle Uzair Cycle

Diinspirasikan daripada kisah benar. Hanim (Nadia Aqilah) dan Syauqi (Fikhree Bakar) berkahwin pada usia muda ketika di tahun akhir Universiti. Mereka dikurniakan 4 orang anak iaitu Harith (Syed Ali Murthada), Athirah (Aresya Rania), Uzair (Al Rayyan Ho) dan Uwais (Syed Muhammad Baqir). Sepanjang anak-anak mereka membesar, Hanim mula mengesyaki sesuatu yang beza pada Uzair. Tumbesarannya berbeza, Uzair tidak bercakap dan lemah dalam penguasaan kosa kata, suka mengamuk, tidak menunjukkan minat pada alatan permainan, tidur lewat dan sentiasa bertenaga. Doktor mengesahkan Uzair positif autistik ketika berusia 3 tahun. Bermulalah kehidupan mereka sekeluarga diselubungi cabaran fizikal, kewangan, emosi dan rohani.