Drama Normi Kemball

Normi Kemball

Saksikan drama bersiri Normi Kemball bermula 28 Julai 2023 setiap hari Selasa hingga Jumaat pukul 9.00 malam di TV Okey saluran Astro 146 dan Mytv 110.

Normi Kemball

Episod: 20
Tarikh Tayangan: 28 Julai 2023
Waktu Siaran: Selasa - Jumaat, 9:00 malam
Rangkaian: TV Okey / RTMKlik
Penulis Skrip: Liza Mior Rashdi
Pengarah: Along Kamaludin
Produksi: Insular Challenge Sdn Bhd

Watak Pelakon
Haneesya Hanee sebagai Normi
Azlee Khairi sebagai Norman
Daler Yusuf sebagai Badly
Nur Nilam Ortis sebagai Nuri
Balqish Semundur Khan sebagai Markonah
Zahrin Aris sebagai Nawi
Mili Supina sebagai Hawa
Elly Azman sebagai Esah
Amirul Asyhwad sebagai Amsha
Marissa Yasmin sebagai Datin Shana
Din sebagai Wahab

Sinopsis Normi Kemball

Normi yang tidak menjaga penampilan dan tidak suka berfesyen menimbulkan kerisauan emak dan kakaknya, Nuri kerana risau akan menjejaskan persepsi terhadap produk kecantikan mereka.

Setelah menghantar penulisannya ke beberapa syarikat, Normi akhirnya mendapat tawaran pekerjaan sebagai penulis tetap.

Normi memulakan hari pertamanya di syarikat dengan perkenalan bersama rakan sekerja. Mereka mengkritik penampilan Normi.

Datin Shana meminta Normi mengubah penampilannya demi menjaga reputasi dirinya sebagai penulis.