Drama Gelora 1941

Gelora 1941

Bersempena dengan Bulan Kebangsaan, saksikan drama bersiri Gelora 1941 sebanyak lapan episod bermula 25 Ogos 2023 ini. Setiap Jumaat hingga Ahad, pukul 6.45 petang di slot Widuri TV1. Sebuah karya yang diinspirasikan daripada novel terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, “GELORA 1941” oleh Amelia Hashim.

Gelora 1941

Episod: 8
Tarikh Tayangan: 25 Ogos 2023
Waktu Siaran: Jumaat - Ahad, 6.45 petang
Rangkaian: TV1 / RTMKlik
Penulis Skrip: Dr Mohd Shhremy Ikmal
Penulis Novel: Amelia Hashim
Pengarah: Khairul Anwar Mat Noor
Produksi: Storyseller Sdn Bhd

Watak Pelakon
Johan Asari sebagai Bahar
Yuna Rahim sebagai Che Suri
Dato' Ahmad Tamimi Siregar sebagai Tok Tuan
Datin Anne sebagai Tunku Mashitah
Syelramlan sebagai Intan Cik
Hanna Qistina sebagai Balqis
Mubarak Majid sebagai Pak Majid
Hairi Safwan sebagai Harun

Sinopsis Gelora 1941

Kisahnya tentang Ainal Naim merupakan pelajar lepasan Sultan Idris Training College, Kuala Kangsar bersama-sama cerdik pandai Melayu berazam memperjuangkan kemerdekaan tanah Melayu.

Cik Izah pula pelajar Kampung Baru Girl’s School dan juga cucu angkat bekas ketua hakim. Ainal Naim telah membuka pintu hati Cik Izah untuk berfikir tentang masa depan dan masyarakat di tanah Melayu.

Pihak Inggeris telah memenjarakan cerdik pandai Melayu termasuklah Ainal Naim. Tukwan yang pada awalnya menentang hubungan Cik Izah dan Ainal Naim telah berubah fikiran merestui hubungan mereka setelah membaca surat kiriman Ainal Naim dari penjara. Lalu apakah kesudahannya?