Super Wira

Super Wira

Saksikan ‘Super Wira’ siri berkonsepkan adiwira yang diterajui barisan pelakon hebat seperti Beto Kusyairy sebagai ketua kumpulan iaitu Kapten Gemilang atau Johan, Idan Aedan sebagai Aman dan Nadhir Nasar sebagai antagonis yang bernama Roy. Siri ini turut dijayakan oleh Mira Filzah yang membawa watak sebagai Seri Gumum (Penjaga Kristal Kuasa Naga Tasik Chini), Ezzaty Abdullah, Arena Wan, Fadhli Masoot dan Zizan Razak

Super Wira merupakan salah satu siri adiwira pertama yang mempunyai banyak unsur tradisional Melayu yang merangkumi silat sebagai sebahagian daripada gaya pertarungan Kapten Gemilang serta penggunaan cerita rakyat Naga Tasik Chini sebagai sebahagian daripada watak Mira Filzah yakni Seri Gumum.

‘Super Wira’ bakal menemui para penonton Astro mulai 23 Oktober setiap hari Isnin, jam 9.00 malam di Astro Ceria (saluran 611). Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Super Wira

Episod: 7
Tarikh Tayangan: 23 Oktober 2023
Waktu Siaran: Isnin, 9.00 malam
Rangkaian: Astro Ceria / Astro GO
Penulis Skrip: Qamarul Hassan
Pengarah: Ghaz Abu Bakar
Produksi: The Media Hustler Sdn Bhd

Watak Pelakon
Beto Kusyairy sebagai Kapten Gemilang / Johan
Idan Aedan sebagai Aman
Nadhir Nasar sebagai Roy
Mira Filzah sebagai Seri Gumum
Ezzaty Abdullah sebagai Rose
Arena Wan sebagai Irena
Fadhli Masoot sebagai Wan
Zizan Razak sebagai Awang Bunga

Sinopsis Super Wira

Mengisahkan tentang sekumpulan manusia yang mempunyai kebolehan luar biasa iaitu Super Wira. Setiap daripada mereka mempunyai kuasa masing-masing kecuali Aman, anak kepada Kapten Gemilang yang mengetuai Super Wira. Dalam mencari potensi diri dan membuka kunci kuasanya yang terpendam untuk menyelamatkan ibunya yang ditangkap oleh penjahat bernama Roy, dia sedar bahawa kekuatan satu kuasa itu berbeza daripada apa yang dijangkakan.

Super Wira