Rahsia adalah filem seram pertama yang dinobatkan sebagai pemenang Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-7 (FFM7) serta membolot tujuh anugerah dalam kategori lain pada tahun 1987 dan bakal tampil semula dengan versi reboot. Diterbitkan oleh Astro Shaw bersama Five Star Trading, filem ini dijadualkan tayangan di pawagam seluruh negara bermula 10 Ogos ini.
Rahsia
Genre: Seram
Lakon Layar & Skrip: Alfie Palermo
Pengarah: Shamyl Othman
Syarikat Produksi: Kuman Pictures
Dipersembahkan oleh: Astro Shaw Sdn Bhd, Five Star Trading Sdn Bhd
Tarikh Tayangan di Pawagam: 10 Ogos 2023
Lagu Tema (OST)
Lagu: Alunan Lara
Artis: Njwa
Komposer: Njwa
Barisan Pelakon
Nabila Huda sebagai Ramlah
Fikry Ibrahim sebagai Hamdan
Eman Manan sebagai Tan Sri Karim
Qistina Raisah sebagai Marina
Syed Ali Murtadha sebagai Saiful
Marsha Milan Londoh sebagai Melor
Rashidi Ishak sebagai Young Tan Sri Karim
Nu’man Salleh sebagai Pak Salleh
Iris Alessandra Alyssa sebagai Young Ramlah
Mislina Mustaffa sebagai Che Yah
Nabil Zakaria sebagai Bob
Aloy Paradoks sebagai Inspektor Hanif
Suhaid Mustakim Yahya sebagai Sarjan Azam
Othman Hafsham sebagai Ustaz Firdaus
Susan Lankester
Sinopsis Rahsia
Ramlah, seorang suri rumah tangga, pulang bercuti ke rumah ayahnya Tan Sri Karim sempena ulangtahun kelahiran beliau, bersama-sama suaminya Hamdan, seorang pensyarah, serta dua anak kecil mereka, Marina dan Saiful. Namun, keadaan bertukar menjadi keruh apabila anaknya Saiful tiba-tiba hilang sewaktu mereka berkelah di tepi pantai. Yang anehnya, Ramlah seorang sahaja yang melihat Saiful diculik oleh kelibat seorang wanita yang hodoh lagi menggerunkan.
Pihak polis yakin bahawa Saiful mungkin hilang di persisiran pantai namun Ramlah berkeras bahawa anaknya diambil orang. Sementara Hamdan menyertai pihak polis dalam operasi mencari dan menyelamat, Ramlah diganggu oleh kelibat wanita yang menggerunkan itu. Namun suaminya, Hamdan langsung tidak mempercayai kata-kata Ramlah, dan menganggap segalanya cuma halusinasi akibat tertekan dengan kehilangan Saiful serta keadaan ayah Ramlah yang sakit tenat.
Walaupun tiada bukti kukuh, Ramlah bertekad untuk berdepan dengan puaka tersebut, dan merungkai rahsia disebalik kehilangan anaknya itu.