Drama Diva Seroja (TV3)

Diva Seroja

Drama bersiri terbaharu di slot Lestary, Diva Seroja bakal bersiaran selama 13 episod bermula 9 Jun 2023, setiap Khamis hingga Sabtu, pukul 9.00 malam di TV3 atau strim langsung di www.tonton.com.my. Drama terbitan Zamriez Golden Pictures ini diarahkan oleh Pali Yahya dan menampilkan barisan pelakon berpengalaman dan baharu seperti Fasha Sandha, Puteri Balqis, Harissa Adlynn dan ramai lagi.

Diva Seroja

Episod: 13
Tarikh Tayangan: 9 Jun 2023
Waktu Siaran: Khamis-Sabtu, 9.00 malam
Rangkaian: Lestary TV3 / tonton
Pengarah: Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
Produksi: Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd

Watak Pelakon
Puteri Balqis Ashikin sebagai Amira
Harissa Adlynn Halim sebagai Maya
Amanda Tan sebagai Vivi
Kashika Selvam sebagai Shanty
Nur Amira Syahira sebagai Leyla
Fasha Sandha sebagai Suzila
Nafiz Muaz sebagai Azlan
Shazia Rozaini sebagai Suzanne
Nasz Sally sebagai Cikgu Mariaton
Syazuwan Hassan

Sinoposis Diva Seroja

Menceritakan tentang sekumpulan pelajar yang berbakat dalam bidang seni dan sukan. Mereka terkenal di kalangan pelajar dan guru Sri Seroja bukan sahaja kerana bakat mereka tetapi juga perangai mereka yang nakal dan sering membuat kekecohan di sekolah! 

Diva Seroja ini dianggotai oleh 5 pelajar iaitu Amanda (Puteri Balqis), Maya (Harissa Adlynn), Vivi (Amanda Tan), Shanty (Kashika Selvam), dan Leyla (Amira Syahira). Masing-masing mempunyai latar belakang keluarga yang berbeza dan sering menimbulkan masalah di sekolah kerana terbawa-bawa dengan masalah keluarga mereka di rumah. Setiap hari pasti ada sahaja masalah yang timbul di sekolah!

Perpindahan Cikgu Azlan (Nafiz Muaz), seorang cikgu yang memahami ahli Diva Seroja yang sedang menginjak dewasa, telah membuatkan mereka memberontak kerana tidak mahu kehilangan cikgu kesayangan mereka. Cikgu Azlan telah digantikan dengan Cikgu Suzila (Fasha Sandha), seorang guru yang berperwatakan lembut dan penyayang. Cikgu Suzila telah menarik kesemua ahli Diva Seroja untuk menyertai kelab kebudayaan. Dapatkah kelima-lima mereka menerima kehadiran Cikgu Suzila dan sekaligus mengubah perilaku mereka menjadi lebih baik? Berjayakah Cikgu Suzila membantu menyelesaikan konflik yang dihadapi oleh mereka?