Selendang Putih (TV2)

Selendang Putih

Saksikan telefilem istimewa sempena Hari Ibu berjudul 'Selendang Putih' akan ddisiarkan pada 15 Mei 2023, Isnin pukul 9 malam di TV2. 

Selendang Putih

Waktu Siaran: Isnin, 15 Mei 2023, 9:00 malam
Rangkaian: TV2 RTM
Idea Asal: Farah Rodzihadi & Shaza Talib
Penulis Skrip: Amin Shakib & Shaza Talib
Pengarah: Razlan Ismail & Jeep Rahim
Produksi: Maggis Pictures & Dream At Work
Pelakon: Fauziah Nawi, Fauzi Nawawi, Zarul Husin, Amyza Aznan, Marissa Yasmin, Abby Nadzri, Adam Shahz, Qazem Nor, Lan Zailan, Sathia, Jesse Lim

Sinopsis Selendang Putih

Datin Hasnah, seorang ibu yang mencurahkan sepenuhnya kasih sayang kepada lima anak yang sedang menjalani kehidupan masing-masing. Namun, usahanya tidak diterima seperti yang diharapkan. Setiap anak mempunyai masalah sendiri, sehingga hubungan antara mereka terganggu. Datin Hasnah sangat merindukan anak-anaknya dan berharap untuk mereka kembali bersatu. Berjayakah tekad seorang ibu untuk membahagiakan keluarga dan keluarga ini bersatu kembali di bawah selendang kasih ibu?