Sekeping Muruku Sebuah Rindu (TV2)

Sekeping Muruku Sebuah Rindu

Saksikan telefilem Sekeping Muruku Sebuah Rindu lakonan Azad Jasmin dan Eira  Syazira pada 22 Mei ini, Isnin pukul 9 malam di TV2.

Sekeping Muruku Sebuah Rindu

Waktu Siaran: Isnin, 22 Mei 2023, 9:00 malam
Rangkaian: TV2 RTM
Pengarah: Asri Bayu
Pelakon: Azad Jasmin, Eira Syazira, Kogila Cumarasamy, Fadhil Dhani, Kismah Johar, Mak Ku Fridah

Sinopsis Sekeping Muruku Sebuah Rindu

Perkahwinan campur antara Marini dan Devan @ Yusuf mendapat restu keluarga. Malah hubungan antara keluarga menjadi erat, hidup dalam aman dan harmoni tanpa fitnah dan sengketa. Ketika kasih sayang sedang mekar terjalin, bapa mertuanya meninggal dunia. Ini menyebabkan Marini terpaksa menjaga ibu mertuanya yang mengalami tekanan perasaan.