Filem Tujuh Dua Belas

Tujuh Dua Belas

Filem aksi terbaharu berjudul 'Tujuh Dua Belas' mengisahkan tentang kes jenayah penculikan kanak-kanak. Filem arahan Thorpe Ali ini menampilkan Farali Khan, Johan As’ari dan Adam Darwisyah, serta pesilat kelahiran Indonesia iaitu Chintya Chandranaya. Tujuh Dua Belas akan mula menjengah pawagam Malaysia pada 4 Mei 2023.

VII XII

Tarikh Tayangan: 4 Mei 2023
Cerita Asal: Thorpe Ali
Skrip: Thorpe Ali, Abdin Azmi, N.Norsi
Pengarah: Thorpe Ali
Produksi: Osmosis Production Sdn Bhd

Watak Pelakon
Farali Khan sebagai Safia
Johan As’ari sebagai Bentayan
Chintya Candranaya sebagai Desi
Adam Darwisyh sebagai Adam  
Mohammed Idzham sebagai Sham
Mohamad Zainal sebagai Dr. Yusof
Mad Murad (Souya) sebagai Black Lee
Mohd Rezwan Jemarlang (Doy Bohai) sebagai Chatcai
Muhammad Farhaziq (Kaytiow) sebagai Encan

Sinopsis Tujuh Dua Belas

Mengisahkan tentang Safia, seorang atlet seni mempertahankan diri yang terpaksa bertarung nyawa untuk menyelamatkan anak saudaranya yang diculik oleh sekumpulan penyeludup organ manusia.

Sekitar pukul 7.00 pagi, Safia (Farali Khan) dan anak saudaranya Adam (Adam Darwisyh) dalam perjalanan ke hotel untuk berjumpa rakannya Desi (Chintya Chandranaya) dan ke lapangan terbang untuk bercuti ke kampung Desi.

Ketika dalam perjalan ke hotel, kereta Safia ditahan sekumpulan lelaki dan dia diancam serta beg dan telepon bimbitnya dirampas oleh Bentayan dan Adam diculik. Safia cuba melawan namun terpaksa mengalah jika tidak Adam akan ditembak.

Safia cuba mengekori mereka dan malangnya apabila tiba di satu persimpangan, mereka terpisah. Pelbagai dugaan ditempohi oleh Safia untuk menjejaki mereka.