Raya Heist

Raya Heist

Saksikan supertele Raya Heist di Tonton Original. Streaming di Tonton @tontonmy bermula 10 Mei 2023 bermula 12 malam.

Raya Heist

Tarikh Tayangan di Tonton: 10 Mei 2023
Penulis Skrip: Hafiz Abdullah
Pengarah: Dato Prof Dr A Razak Mohaideen
Produksi: Razor Edge

Watak Pelakon
Nora Danish sebagai Nor
Hazama sebagai Dollah
Fad Bocey sebagai Borhan
Amir Raja Lawak sebagai Amir
Aziz M. Osman sebagai Hj Osman
Md Salleh sebagai Agus Bodyguard
Fiza Halim sebagai Munah
Kuna Muzani sebagai Mak Leha
Suky San sebagai Ustaz Hashim
Kaweng sebagai Uncle Wei
Atira Karma sebagai Siti

Sinopsis Raya Heist

Mengisahkan tentang tiga sekawan iaitu Borhan (Fad Bocey), Dollah (Hazama) dan Nor (Nora danish) yang membesar bersama dan melalui pelbagai detik bersama termasuklah menjalankan aktiviti nakal seperti mencuri kambing dan hasil tanaman orang kampung.

Namun mereka terpaksa berpisah selama 25 tahun kerana membawa haluan hidup masing masing.

Detik pemergian mentor mereka, Ustaz Hashim mencetuskan penyatuan kembali tiga sekawan ini dan mereka berjumpa di majlis pengebumian Ustaz Hashim.

Hj Osman (Aziz M Osman) yang merupakan seorang ahli perniagaan dan orang kaya di kampung itu dipercayai menjadi punca serangan jantung Ustaz Hashim serta dikatakan menipu bukan sahaja Ustaz Hashim malah ramai lagi orang kampung.

Setelah mendapat tahu punca kematian mentor tersayang itu, Borhan nekad untuk membalas dendam ke atas kematian Ustaz hashim dan turut disertai oleh Dollah dan Nor walaupun dalam keadaan yang berat hati.

Menurut buah mulut orang kampung, Hj Osman memiliki jongkong emas yang disimpan di dalam peti besi dan emas itulah yang menjadi sasaran tiga sekawan itu berserta bantuan dari rakan mereka yang merupakan pakar gajet, Amir (Amir Raja Lawak).

Tiga sekawan itu merancang untuk merompak ketika Hj Osman mengadakan kenduri marhaban di rumahnya pada malam raya.

Mampukah rompakan mereka berjaya dan dapat membalas dendam ke atas kematian mentor mereka?