Mendarat Di Syurga (TV3)

Mendarat Di Syurga

Saksikan telefilem 'Mendarat Di Syurga' mengenang semula kisah tragedi pesawat MH17 yang terhempas serta misteri kehilangan MH370 hampir sedekad lalu. Telefilem terbitan Zeel Production ini akan bersiaran pada 8 April 2023, Sabtu pukul 10 malam di slot Cerekarama TV3.

Mendarat Di Syurga

Waktu Siaran: Sabtu, 8 April 2023, 10:00 malam
Rangkaian: Slot Cerekarama TV3
Cerita Asal: Marr Mohamad
Penulis Skrip: Maizura Ederis & Marr Mohamad
Pengarah: Feroz Kader
Produksi: Zeel Production Sdn Bhd
Pelakon: Siti Saleha, Syafiq Kyle, Nad Zainal, Riz Amin, Aida Khalida, Muaz Zabir, Shah Faris, Silfeny Osman

Sinopsis Mendarat Di Syurga

Khalif dan Dyan adalah dua insan yang saling tidak mengenali, menaiki pesawat JK566 Eriqa Airways yang dijadualkan terbang menuju ke Genovia. Namun, segalanya berubah apabila pesawat itu ditakdirkan terhempas. Sejak itu kehidupan ahli keluarga dan sahabat mereka berubah secara mendadak. 

Rayhan ibu Khalif tidak redha dengan kerjaya anaknya sebagai peramugara. Julia dihimpit rasa bersalah kerana meminta Khalif menggantikan dia bertugas pada malam itu. Elyas pula telah curang terhadap isterinya, Dyan. Dari bulan ke tahun, mampukah mereka bangkit semula untuk melupakan penyesalan itu?

Mendarat Di Syurga