Durjana Pujaan (TV1)

Durjana Pujaan

Telefilem Durjana Pujaan terbitan Unit Drama TV RTM bakal menemui penonton khas Aidilfitri ini pada 22 April ini, pukul 9.00 malam di TV1. Diarahkan oleh Wan Afzam Wan Daud dan skrip ditulis oleh Amin Masyur, drama ini menampilkan gandingan pelakon utama Zahiril Adzim dan Sabri Yunus sebagai abang dan adik yang tercetusnya konflik di antara mereka namun pelbagai usaha dilakukan dalam membuktikan peribahasa air dicincang takkan putus.

Durjana Pujaan

Waktu Siaran: Sabtu, 22 April 2023, 9:00 malam
Rangkaian: TV1 (slot Panggung RTM)
Penulis Skrip: Amin Masyur
Pengarah: Wan Afzam Wan Daud
Produksi: Unit Drama TV RTM
Pelakon: Zahiril Adzim, Sabri Yunus, Hanna Aqeela, Kazar, Azhan Rani, Amerul Effendi, Balkisyh Semundur Khan, Ammar Titan, Haziq Asyraf, Sara Salsabila Asyraf

Sinopsis Durjana Pujaan

Mengisahkan dua adik beradik yang berusaha memperbaiki hubungan kehidupan di bandar yang tiada warna dan menyesakkan. Disebabkan kesalahan abangnya, Kadir terpaksa keluar dari kampung dan menetap di bandar dengan melupakan hasrat dia untuk sambung belajar.

Abangnya, Tahir baru keluar penjara, tidak punyai pilihan. Terpaksa tinggal bersama adiknya itu kerana kondisi matanya yang rabun teruk. Kadir dulunya seorang pelajar pintar dan pernah mendapat keputusan cemerlang (SPM) terpaksa bekerja siang malam bagi mengumpul duit untuk pembedahan mata abangnya dan dalam masa yang sama mengumpul sejumlah duit untuk bekal mereka memulakan kehidupan di kampung mereka nanti.

Siang dia bekerja di sebuah kedai buku manakala malam pula bekerja sebagai pengawal di pusat hiburan. Tahir sering mendesak adiknya Kadir untuk dia pulang ke kampung. Sedangkan Tahir lupa yang dia lah punca yang menyebabkan mereka ‘terperangkap’ di bandar itu. Apa yang terpendam akhirnya meletup. Berlaku pertengkaran besar antara mereka berdua. Kejadian ini menyebabkan hubungan kedua beradik semakin dingin.

Nur muncul dan membuka ruang hati Kadir untuk menyambung pelajarannya. Kadir danTahir mula berbaik semula. Namun kegembiraan tidak kekal lama, rahsia gelap Kadir dan Tahir diketahui Nur. Ini menyebabkan hubungan Nur dan Kadir menjauh. Tahir pergi berjumpa Jaka (abang Nur yang juga majikan Kadir). Masing-masing cuba mempertahankan adik masing-masisng. Keputusannya Kadir dan Nur terpaksa berpisah.

Hikmah perpisahan ini merubah Kadir menjadi orang yang lebih bertanggungjawab. Dia meninggalkan kerja kotornya dan berusaha untuk meneruskan cita-citanya. Beberapa orang kenalan yang pernah meminjam duit dari Kadir, mula membayar hutang semula. Namun mampukah Kadir mengubah pendirian Tahir untuk menjalani pembedahan mata akan kesampaian?