Drama Geng Daddy Daddy (TV3)

Geng Daddy Daddy

Nantikan drama siri 7 episod Geng Daddy-Daddy arahan Heykal Hanifah pada Hari Raya Pertama hingga Raya Ketujuh pukul 11:30 pagi di TV3.

Geng Daddy-Daddy

Episod: 7
Tarikh Tayangan: 22 April 2023
Waktu Siaran: Raya Pertama - Raya Ketujuh, 11:30 pagi
Rangkaian: TV3 / tonton
Penulis Skrip: Siti Solehah & Arysa Nasir
Pengarah: Heykal Hanifah
Produksi: Luqsar Kreatif Sdn Bhd
Lagu OST: Superhero - Hazama

Watak Pelakon
Bell Ngasri sebagai Iskandar
Fahrin Ahmad sebagai Amir
Zamarul Hisham sebagai Adi
Fauzi Nawawi sebagai Shuk
Syazwan Zulkifly sebagai Hafiz
Rahmad Mega sebagai Sham
Marc Syahmie sebagai Muaz
Dato A. Tamimi Siregar sebagai Haji Murtada
Riena Diana sebagai Melissa
Nor Albaniah sebagai Hajah Zainah
Faradhiya sebagai Juwita
Faezah Elai sebagai Dr Latifah
Faye Kushairi sebagai Zati
Dewa Sapri sebagai Atok Majid
Amyza Aznan sebagai Ain
Intan Ladyana sebagai Nadira
Hanna Aqeela sebagai Mira
Khaty Azean sebagai Mak Senah
Julia Farhana Marin sebagai Farzana
Khairisya Kamal sebagai Ain
Dayang Areeda sebagai Miss Fatima
Syahir Tapai sebagai Usop
Nizam Ajis Kongkiak sebagai Jidin

Sinopsis Geng Daddy-Daddy

Mengisahkan tentang 7 orang bapa yang merupakan kawan rapat. Mereka suka berbasikal dan sering berkongsi tentang masalah yang mereka lalui. Setiap episod mengetengahkan tentang masalah yang dihadapi oleh salah seorang daripada mereka. Iskandar telah mengahwini Latifah, seorang doktor yang sentiasa sibuk; Amir seorang yang kedekut dan digelar sebagai ‘Amir Bakhil’; Shuk seorang ‘hot daddy’ dan juga duda yang menjadi kegilaan wanita; Hafiz selalu berkongsi cerita tentang bapa mertua yang tinggal bersamanya; Adi sering menghadapi masalah di tempat kerja kerana bos wanita yang panas baran; Muaz pula sentiasa ditemani isterinya yang bersemangat untuk menyertai mereka berbasikal dan terakhir ialah Sham yang sering disakat oleh anak-anaknya untuk mendapatkan ibu baharu!