Drama Cinta Ke Dua (TV3)

Cinta Ke Dua

Nantikan drama Cinta Ke Dua adaptasi daripada novel My Mr Blind Date karya Julia Ayu akan mengisi slot Akasia TV3. Drama bersiri 28 episod terbitan Creative Skill Solution diarahkan oleh Idora Abdul Rahman. Menampilkan pelakon seperti Raden Zaharatul, Hafidz Roshdi, Syarul Ezani, Syazuwan Hassan dan ramai lagi.

Cinta Ke Dua

Episod: 28
Tarikh Tayangan: 2023
Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Slot Akasia TV3
Skrip: Siti Solehah Abdul Ghani, Ramlah Rashid, Eja Lorena
Pengarah: Idora Abdul Rahman
Produksi: Creative Skill Solution Sdn Bhd
Pelakon: Raden Zaharatul, Hafidz Roshdi, Syarul Ezani, Syazuwan Hassan, Aleza Shadan , Noniswara, Khalida Balqis, Hanna Halim, Amir Mirza, Marc Syahmie, Khayrisyah Kemal, Nik Ramly Rejab

Watak Pelakon
Raden Zaharatul sebagai Bella Ammara
Hafidz Roshdi sebagai Daniel Rizki
Syarul Ezani sebagai Afiq Adam
Syazuwan Hassan sebagai Kamal
Aleza Shadan sebagai Puan Hana
Noniswara sebagai Puan Sri Nia
Hanna Halim sebagai Sofea
Amir Mirza sebagai Hanas
Marc Syahmie sebagai Mika
Kael sebagai Budi

Sinopsis Cinta Kedua

Kisah tentang Ammara yang diceraikan oleh suaminya dengan talak tiga dan kemudian kemunculan Rizki yang pada mulanya berniat untuk menjadi cina buta atas rancangan bekas suami Ammara. Namun rancangan hanya tinggal rancangan bila terbongkarnya kisah sebenar di sebalik penceraian dan kematian kembar Ammara.

Setelah tiga tahun meninggalkan Ammara, rasa hati Rizki terhadap Ammara semakin kuat dan dari situ Rizki tekad untuk memperisterikannya. Kebahagiaan perkahwinan mereka mula tercalar bila Afiq iaitu bekas suami Ammara membuat onar dan fitnah.