Telefilem Wanji (TV1)

Wanji

Saksikan telefilem Wanji terbitan Unit Drama TV di TV1 pada 26 November ini pukul 9.00 malam.

Wanji

Waktu Siaran: Sabtu, 26 November 2022, 9:00 malam
Rangkaian: RTM TV1
Skrip: Roydy Rokidy
Pengarah: Danny Alamsyah
Produksi: Unit Drama TV RTM
Pelakon: Syed Ali Murtadha, Sayyid Baqir, Yaakob Abd Aziz, Wafariena, Azman Hassan, Puteri Rafasya, Shazman Isaac, Akmal Ahmad, Pablo Amirul, Khai Sabri

Sinopsis Wanji

Kisahnya berlatarkan tentang dua beradik, Wanji berumur 12 tahun dan adiknya, Walid, 11, yang dibesarkan datuknya, Tok Su. Mereka kemudiannya berhubungan rapat dengan seorang wanita dianggap kakak bernama Ereen.

Konflik memuncak apabila Wanji diasuh oleh Lando untuk menyukai kerjanya sekaligus membuatkan Walid berang dengan perubahan sikap Wanji.

Walid, Sofea dan Atai kemudiannya cuba untuk melarikan diri namun gagal apabila Walid dan Sofea ditangkap semula oleh orang-orang Lando.

Apakah kesudahan hubungan Wanji dan Walid di sebalik konflik antara keduanya?