Drama Budak Tebing 3

Budak Tebing 3

Budak Tebing, sebuah drama rantaian yang mengambil pendekatan masalah sosial dalam kalangan remaja mendapat perhatian dan ikutan ramai sejak disiarkan. 

Kembali dengan musim terbaharu, Budak Tebing 3 terbitan Country & Universal Sdn Bhd bakal bersiaran selama 13 episod, diarahkan oleh Nizam Zakaria dan penulisan skrip oleh Shah Rizal Mashur. 

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Budak Tebing 3 menerusi slot Lestary, setiap hari Rabu hingga Sabtu pada pukul 9.00 malam atau strim di perkhidmatan penstriman iQIYI 1 jam selepas tayangan di TV3 manakala pengguna percuma dapat menonton 48 jam selepas.

Budak Tebing 3

Episod: 13
Tarikh Tayangan: 14 Disember 2022
Waktu Siaran: Rabu-Sabtu, 9:00 malam
Rangkaian: Lestary TV3 / iQIYI
Penulis Skrip: Shah Rizal Mashur
Pengarah: Nizam Zakaria
Produksi: Country Universal Sdn Bhd
Lagu Tema (OST): Beli Jiwa - Zynakal

Watak Pelakon
Aedy Ashraf sebagai Tongki 
Adam Lee sebagai Arif
Nabil Aqil sebagai Kylo
Eyka Farhana sebagai Ira
Firdaus Ghufran sebagai Talam
Izz Ilham sebagai Yoyol
Nelissa Nizam sebagai Maria
Nia Atasha sebagai Husna
Azhar Sulaiman sebagai Badass
Zarina Zainuddin sebagai Sabrina
Alex Alfian sebagai Kamaruddin
Anne Abdullah sebagai Mak Maria
Mazli Razali sebagai Kent

Sinopsis Budak Tebing 3

Budak Tebing kini memasuki alam dewasa dan berhadapan dengan cabaran hidup yang lebih besar. Arif menjadi lebih serius sehingga membuatkan Talam yang bekerja dengannya rasa tertekan. Hubungan Arif dengan Yoyol juga tidak seperti dulu. Arif kerap naik angin apabila Yoyol banyak menghabiskan masa di Tebing. Malah dia turut melarang Yoyol untuk berkawan dengan sesiapa sahaja.

Kemunculan Kylo yang mendakwa dirinya ialah adik tiri kepada Tongki ingin menyatukan semula budak-budak tebing. Namun, keadaan itu disalahtafsirkan oleh Arif. Pada masa yang sama, muncul Badas yang kerap datang ke tebing. Badas mendekati Kylo dengan mengakui dirinya ialah teman rapat kepada arwah ayah Tongki. Arif dan Kylo berselisih faham lagi kerana masing-masing menganggap Badas sebagai ayah angkat. Siapakah Badas sebenarnya dan apakah motif Badas mendekati budak-budak tebing ini? Adakah Arif menerima Kylo sebagai seorang sahabat atau lawan?

Budak Tebing 3