Drama Ijab Kabut

Ijab Kabut

Siri romantik komedi terbaru di platform Viu, Ijab Kabut menampilkan barisan pelakon berbakat seperti Azira Shafinaz, Fadlan Hazim dan Iedil Dzuhrie Alaudin. Dua episod romantik komedi ini akan mula ditayangkan pada 13 Oktober (Khamis), dengan dua episod berikutnya setiap Khamis bermula 27 Oktober. 

Drama Viu Original ini diarahkan oleh Faliq Sharif, pengarah baru berbakat, dengan karya terbarunya pada tahun ini, Lockdown Love. Ijab Kabut ditulis oleh kumpulan penulis diketuai Mamu Vies yang terkenal dengan siri drama Love in Lockdown dan Sihir pada tahun 2021.

Viu-ers dapat menonton siri Ijab Kabut dan mengikut kisah bakal pengantin ini dalam cubaan mendapat majlis perkahwinan sempurnanya di aplikasi Viu, yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store, Google Play, Galeri Aplikasi Huawei dan TV pintar terpilih, serta laman web www.viu.com

Ijab Kabut

Episod: 10
Tarikh Tayangan di Viu: 13 Oktober 2022
Idea Asal: Nadia Khan
Skrip: Mamu Vies, Nadia Khan, Azhar Amirulhisyam, Syarul Akmal, Baizura Kahar, Qawiem Hamizan
Pengarah: Faliq Sharif
Produksi: Jazzy Pictures

Watak Pelakon
Azira Shafinaz sebagai Deanna
Fadlan Hazim sebagai Khai
Iedil Putra sebagai Mat
Ezzaty Abdullah sebagai Athira
Sarancak sebagai Rozita
Hana Nadira sebagai Noni 
Sharifah Alyesha sebagai Alice 
Megat Sharizal sebagai Coach Bima Sakti
Kodi Rasheed sebagai Saiful 
Khatijah Tan sebagai Nenek Deanna
Dilla Ahmad sebagai Emak Deanna
Lizart Rashid sebagai Ayah Deanna
Taufiq Hanafi sebagai Farhan
Nabil Zamanhuri sebagai Andi 
Ku Farishah sebagai Julie 
Ghazdan Ghazali sebagai Hafiz

Lagu
Istimewa Untukku - Nami
Kenangan Lama - Nabil Zamanhuri
Denganmu - Iedil Dzuhrie Alaudin
Terlalu Cinta - Iedil Dzuhrie Alaudin

Sinopsis Ijab Kabut

Deanna, seorang penerbit muzik bercita-cita tinggi dan kompetitif, yang mahu merealisasikan majlis perkahwinan yang sempurna – dengan perancang perkahwinan yang sempurna, katering, makanan dan juga band perkahwinan. Senario terburuk mengejutkan berlaku apabila tunangnya memutuskan pertunangan mereka! 

Deanna memutuskan untuk meneruskan perkahwinan sambil mencari sesiapa sahaja sebagai pengantin lelakinya. Maka bermula kisah komedi tentang bagaimana bakal pengantin perempuan ini meneruskan usaha untuk mencari lelaki yang sempurna untuk majlis perkahwinan impiannya, dengan dua calon yang sukarela menjadi suaminya – perancang majlis perkahwinannya, Khai, dan pekerjanya, Mat, yang bercita-cita untuk menjadi seorang pemuzik.