Filem Halimun

Halimun

Filem Halimun terbitan Azura Pictures bakal temui penonton di Astro First bermula 5 November 2022. Filem bergenre seram ini bukan sekadar filem elemen seram semata-mata, tetapi turut mengetengahkan kisah mistik dari sisi berbeza. Halimun membariskan pelakon seperti Beto Kusyairy, Nabila Huda, Kodi Rasheed, Chubb-E, Harun Hashim dan Puteri Balqis Azizi. Filem ini diarahkan oleh Muzzamer Rahman dan beliau juga merupakan penulis skrip, idea asal bagi Halimun.

Halimun

Genre: Seram
Tarikh Tayangan di Astro First: 5 November 2022
Cerita Asal: Muzzamer Rahman
Pengarah: Muzzamer Rahman
Produksi: Azura Pictures Sdn Bhd
Pelakon: Beto Kusyairy, Nabila Huda, Kodi Rasheed, Chubb-E, Harun Hashim, Puteri Balqis Azizi, Hafidzuddin Fazil, Lim Mei Fen

Watak Pelakon
Beto Kusyairy sebagai Zahir
Nabila Huda sebagai Laila
Kodi Rasheed sebagai Adi
Chubb-E sebagai Ashif

Lagu Tema (OST)
Lagu: Kabus 
Penyanyi: Afif Tirmizie
Lirik: Amylea Azizan
Komposer: Amylea Azizan

Sinopsis Halimun

Zahir bertemu dengan Laila ketika sebuah insiden yang tidak dijangka. Tidak lama kemudian Zahir berkahwin dengan Laila tanpa mengetahui latar belakang Laila. Setelah berkahwin, Zahir mengalami beberapa peristiwa aneh dan membuatkannya meminta bantuan sahabat lamanya, Adi iaitu seorang penyelesai masalah paranormal. Namun setelah Adi membantu Zahir dan Laila, keadaan menjadi lebih tidak terjangka.