Filem Mencuri Raden Saleh

Mencuri Raden Saleh

Filem aksi heist terbaik Indonesia tahun ini, Mencuri Raden Saleh bakal menemui penonton Malaysia di seluruh pawagam tanah air bermula 22 September. Filem terbitan Visinema Pictures, Jagartha, Blibli dengan kerjasama Astro Shaw telah ditayangkan di Indonesia pada 25 Ogos lalu dan berjaya meraih kutipan lebih 1.2 juta penonton dalam tempoh kurang satu minggu tayangan. Filem ini diarahkan oleh Angga Dwimas Sasongko yang juga merangkap sebagai Penerbit Eksekutif, lakon layar, idea asal Mencuri Raden Saleh. 

Kekuatan filem Mencuri Raden Saleh bukan hanya pada jalan cerita yang segar dan sarat dengan babak aksi mendebarkan, tetapi turut mengetengahkan kisah golongan gen-Z yang dijayakan oleh barisan pelakon muda yang telah mengukir nama menerusi filem-filem box office Indonesia seperti Iqbaal Ramadhan (pelakon filem no 1 genre romantik drama Indonesia, filem Dilan), Angga Yunanda (Habibie & Ainun 3), Aghniny Haque (filem no 1 paling laris Indonesia, KKN di Desa Penari), Rachel Amanda (Dua Garis Biru), Umay Shahab (Danur 3) dan Ari Irham (Generasi 90an : Melankolia). Setiap watak mempunyai peranan dan tugas berbeza dalam misi pencurian ini serta diberi jolokan masing-masing seperti Piko - "The Forger", Ucup - "The Hacker", Fella - "The Negotiator", Sarah - "The Brute", Gofar - "The Handyman", dan Tuktuk - "The Driver"

Mencuri Raden Saleh

Genre: Aksi
Tarikh Tayangan: 22 September 2022 (Malaysia)
Skrip: Muhammad Husain Atmodjo, Angga Dwimas Sasongko
Cerita Asal: Angga Dwimas Sasongko
Pengarah: Angga Dwimas Sasongko
Syarikat Penerbitan: Visinema Pictures

Lagu Tema:
Juragan & Tuan - Tuan TigaBelas
Sebuah Kisah Klasik - Rendy Pandugo

Barisan Pelakon
Iqbaal Ramadhan sebagai Piko
Angga Yunanda sebagai Ucup
Aghniny Haque sebagai Sarah
Rachel Amanda sebagai Fella
Umay Shahab sebagai Gofar
Ari Irham sebagai Tuktuk
Tyo Pakusadewo sebagai Permadi
Dwi Sasono sebagai Budiman
Atiqah Hasiholan sebagai Dini
Ganindra Bimo sebagai Detektif Arman
Andrea Dian sebagai Detektif Sita
Muhammad Khan sebagai Rama
Reza Hilman sebagai Reza
Joshua D Pandelaki sebagai Marwan
Ratna Karya Riantiarno sebagai Nenek Sarah
Jenny Zhang sebagai Ibu Fella
Tegar Satrya sebagai Gito
Frangky Lucas Manuhutu sebagai Doni

Sinopsis Mencuri Raden Saleh

Mengisahkan tentang enam remaja yang mempunyai kepakaran berbeza (The Painter, The Mastermind, The Brute, The Negotiator, The Handyman, The Driver) bergabung dan merancang untuk merompak sebuah lukisan Raden Saleh atas arahan seorang yang berpengaruh dan berkuasa. Namun, misi mereka dikhianati dan mereka menjadi buruan polis. Justeru, mereka nekad untuk membalas dendam dengan mencuri kembali lukisan Raden Saleh serta membersihkan nama baik mereka.