Fit For Action (TV3)

Fit For Action

TV3 menerbitkan program pencarian bakat baharu, FIT FOR ACTION yang berkonsepkan cabaran lakon layar dan fizikal untuk mencari pelakon lelaki dan pelakon wanita versatil Malaysia.

Program Fit For Action menampilkan 12 peserta terdiri daripada 6 lelaki dan 6 wanita yang akan berguru dengan jurulatih fizikal (wellness coach) iaitu Nana Al-Haleq yang juga sebagai Juri Cabaran Fizikal, serta tiga pengarah berkaliber seperti Heykal Hanifah, Aziz M Osman dan Ellie Suriaty. 

Penerbit dan pengarah berkaliber, Datuk Yusof Haslam memainkan peranan penting sebagai Ketua Juri Fit For Action sepanjang enam minggu program ini berlangsung, manakala Fahrin Ahmad dan Hunny Madu menggalas tanggungjawab sebagai hos. 

Setiap minggu, program realiti ini juga turut menampilkan juri jemputan berpengalaman untuk menilai bakat-bakat peserta antaranya ialah Dato’ Aaron Aziz, Erra Fazira, Farid Kamil, Nabila Huda, Datuk Tarmimi Siregar dan Janna Nick.

Pada setiap episod, para peserta akan diberikan cabaran video lakon–layar (on-screen challenge video). Mereka akan menerima skrip untuk menjayakan satu babak lakonan yang diberikan oleh pengarah dan penerbit.

Cabaran itu dirakam, disunting dan dijadikan drama pendek berdurasi tiga minit. Versi penuh video cabaran peserta akan dimuat naik di YouTube TV3 Malaysia.

Fit For Action bakal disiarkan mulai 3 September 2022, setiap hari Sabtu, pukul 10.00 malam dan strim secara langsung di laman portal www.tonton.com.my.

Senrai Peserta Fit For Action

Syahmie Thsaqeef, 28 tahun, @syahmie.thaqeef
Ahmad Syahmie, 23 tahun, @marcsyahmie
Amanda Tan, 29 tahun, @amandatpf
Zoey Amir, 29 tahun, @ohzooey
Amir Mirza, 24 tahun, @amir___mirza
Kavitha Gnanesageran, 34 tahun, @kgkavita
Muaz Zabir, 25 tahun, @muaz.zabir
Erne Marina Ainalisa, 28 tahun, @lisamarina_fifpro
Aidil Afizin, 20 tahun, @aidil.afizin
Raden Zaharatul, 23 tahun, @radenzaharatul
Lenny Jemat, 29 tahun, @lennyjemat
Danish Hakim, 19 tahun, @danishhakimofficial