Drama Sekali Lagi Cinta Kembali (TV3)

Sekali Lagi Cinta Kembali

Nantikan drama adaptasi novel 'Sekali Lagi Cinta Kembali' karya Anna Milia akan mengisi slot Akasia TV3 iQIYI bermula 13 September 2022, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam di TV3 dan turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman iQIYI pada hari yang sama. Drama 28 episod terbitan A. Aida Production, diarahkan oleh Riza Baharudin. Menampilkan Aniq Suhair dan Siti Khadijah sebagai pelakon utama.

Sekali Lagi Cinta Kembali

Episod: 28
Tarikh Tayangan: 13 September 2022
Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / iQIYI
Penulis Skrip: Rehal Nuharis
Pengarah: Riza Baharudin
Produksi: A. Aida Production Sdn Bhd

Lagu OST:
Ku Cuba - Hariz Fayahet
Pergi - Razmansyah

Watak Pelakon 
Aniq Suhair sebagai Hayyat
Siti Khadijah Halim sebagai Aira
Zaki Azeman sebagai Zafran
Siti Hariesa sebagai Amirah
Fazlina Ahmad Daud sebagai Aida
Kismah Johar sebagai Neksom
Izzendra sebagai Alisa
Nina KSC sebagai Tasha
Raja Azmi sebagai Badariah
Kuza Muzani sebagai Rozita
Ellyas Abdullah sebagai Imran
Shatirah Amanda sebagai Hanna
Syamim Farid sebagai Heliza
Lan Zailan sebagai Haji Azli
Kael (Michael Lean) sebagai Firdaus
Mohd Taha Ab Wahid sebagai Dato Azly 
Jefri sebagai Nik Ramly

Sinopsis Sekali Lagi Cinta Kembali

Aira (Siti Khadijah Halim) adalah seorang gadis yang lantang bersuara tanpa berfikir dahulu. Selepas melakukan kesilapan mengambil alih tugas kaunselor secara tiba-tiba sewaktu ketiadaan Doktor Halina di pusat kaunseling, Aira secara tidak sengaja telah mengeruhkan keadaan dan mengakibatkan Alisa (Izzendra) dan Zafran (Zaki Azeman) bercerai kerana nasihatnya. Oleh kerana Zafran terlalu marah, dia telah mendesak Aira untuk mengganti rugi keadaan itu dengan bekerja di rumahnya sebagai penjaga Nek Som yang pelupa dan mengidap penyakit jantung.

Sebaiknya bermula tugas menjaga Nek Som, adik kepada Zafran, Hayyat (Aniq Suhair) merasakan segala tindak tanduk Aira tidak kena di matanya. Namun, Aira tetap menjaga Nek Som dengan penuh kasih sayang. Kemuliaan hati Aira itu membuka mata Hayyat tanpa disedari, tetapi dek rahsia yang disimpan dia tekad tidak ingin membuka kunci hatinya kepada mana-mana perempuan. 

Perasaan cinta mula berputik di hati Aira, dia yakin cinta Hayyat memang untuknya walaupun dia tidak menzahirkan perasaan cinta tersebut. Dapatkah Hayyat mengatasi kisah silamnya demi kasih kepada Aira? Apakah rahsia gelap Hayyat yang dirahsiakan dan membuatnya tekad untuk tidak bercinta lagi? Bolehkah Aira menerima kekurangan Hayyat dalam mencari bahagia mereka?

Sinopsis Novel Sekali Lagi Cinta Kembali

Hidup Aira cukup complicated. Dia lari dari rumah apabila Imran mengahwini Hana, adiknya. Prinsip Aira, lelaki ibarat virus. Jangan kasi can.

Aira gantikan tempat Doktor Halina selama dua jam sebagai therapist. Akibatnya, Zafran dan Amberlyn bercerai, Doktor Halina diugut dan Syafi bertarung dengan maut tanpa kasih seorang ibu. Terpaksalah Aira cuba perbaiki apa yang telah dia rosakkan.

"Kalau macam tu apa kata awak guna teori awak yang kononnya hebat tu untuk pujuk isteri saya. Boleh?" - Zafran
"Inilah yang saya cuba buat." - Aira

Daripada pembantu Doktor Halina, Aira bekerja sebagai babysitter Syafi. Dia cuba satukan semula keluarga Zafran. Tapi di mata Hayyat, abang Zafran yang kerek lagi beku, Aira macam tikus membaiki labu. Hayyat selamba saja gelar Aira perempuan senget, sewel dan tiga suku.

Dalam mulut duk mengutuk, hati mula sukalah pula!

"I offer you love and loyalty and I expect the same in return." - Hayyat

Kisah silam Hayyat terbongkar. Jika Imran digelar spesies virus, Hayyat pula ibarat bom atom. Boleh membunuh Aira bila-bila masa.

Namun, Aira hanya mempunyai dua pilihan. Pilih si virus yang kini bergelar duda atau menerima bom atom. Aira perlu cari jalan keluar daripada permainan yang dia sendiri cipta.

Sekali Lagi Cinta Kembali