Filem Kalut Nak Kahwin

Kalut Nak Kahwin

Saksikan filem romantik komedi, Kalut Nak Kahwin, kisah tentang erti sebenar kekalutan masyarakat marhain akan datang bermula pada 4 Ogos ini, di pawagam rumah anda, Astro First, saluran 480.

Kalut Nak Kahwin

Tarikh Tayangan: 4 Ogos 2022
Rangkaian: Astro First, saluran 480
Pengarah: Yussuf Yunus
Produksi: Cinemalaya Studios Sdn Bhd

Barisan Pelakon
Amerul Affendi sebagai Mustaqim 
Dee Al-Hadi sebagai Munirah
Chelsia Ng sebagai Honey
Salih Yaccob sebagai Pak Lang
Kartina Aziz sebagai Mak Minah
Anas Ridzuan sebagai Buyut
Aloy Paradoks sebagai Sulaiman
Megat Sharizal sebagai Zaidi

Sinopsis Kalut Nak Kahwin

Mengisahkan tentang kehidupan sebuah masyarakat di rumah flat yang mengalami masalah air pada majlis perkahwinan di tempat mereka. 

Munirah bingung apabila berlaku gangguan air di flatnya pada hari perkahwinannya. Abangnya, Mustaqim cuba mengatasi masalah dan memastikan perkahwinan itu berjalan seperti yang dirancang.

Lebih memburukkan lagi, Pak Lang, tukang masak tidak boleh menghidangkan semua juadah untuk tetamu jemputan kerana kesuntukan masa. 

Tambahan pula berlakun kebakaran, tok kadi ada urusan lain dan pelamin tak siap. Nasib baik, atas nama kerja berpasukan, semua masalah dapat diselesaikan.