Drama Cik Misi 123

Cik Misi 123

Saksikan drama romantik komedi 'Cik Misi 123' dibintangi oleh Adam Lee, Sweet Qismina, Hafreez Adam dan Bella Dally disiarkan mulai 9 Oktober 2023, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 6 petang di Astro Ria dan strim di Astro GO.

Cik Misi 123

Episod: 30
Tarikh Tayangan: 9 Oktober 2023
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 6 petang
Rangkaian: Astro Ria / Astro Go
Penulis Skrip: PGR's Team, Soula Nordin, Chinta Nadessha
Pengarah: Feroz Kader
Produksi: Ariz Media Entertainment Sdn Bhd

Watak Pelakon
Adam Lee sebagai Mika @ Mikail Danish 
Sweet Qismina sebagai Oya @ Ratu Rohaya
Hafreez Adam sebagai Dr Aish
Bella Dally sebagai Dr Erin
Afifah Nasir sebagai Umai @ Siti Umairah
Safwan Nazri sebagai Pian @ Sufian Sauri
Nick Naem sebagai Japo @ Jaafar Midon 
Natasya Mahyan sebagai Icha @ Embun Kamariah
Najua P. Ramlee sebagai Anita
Faiz Dickie sebagai Baby @ Baharuddin
Wan Sharmila sebagai Sister Jenab
Mark Adam sebagai CI Harun
Malek Mccrone sebagai Remy
Zamarul Hisham sebagai En Edris
Watie Elite sebagai Pn Rahilah

Lagu Tema
Tajuk: Cik Misi
Penyanyi: Mark Adam
Lirik: Altimet
Komposer: Mark Adam

Sinopsis Cik Misi 123

Mengisahkan perjalanan Oya yang terpaksa memasuki kursus kejururawatan atas desakan ibu-bapanya. Di kolej ini, Oya bertemu Mika yang kemudian berusaha memenangi hatinya. Semasa mereka bekerja di hospital, konflik besar mula berlaku apabila tunang lama Oya, Dr Aish muncul yang mengakibatkan teman wanita Dr Aish, Dr Erin iri hati.