Sekolah Sampah (Astro Citra)

Sekolah Sampah

Telefilem Sekolah Sampah terbitan Arie Zaharie Production Sdn Bhd memaparkan kisah kecekalan seorang pengembara dan usahanya dalam memberi didikan yang adil saksama kepada kanak-kanak yang tidak berkemampuan. Saksikan Sekolah Smpah pada hari Sabtu, 28 Mei, jam 9 malam secara di saluran Astro Citra (108) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Sekolah Sampah

Waktu Siaran: Sabtu, 29 Mei 2022, 9:00 malam
Rangkaian: Astro Citra slot Citra Exclusive
Penulis Skrip: Jo Sidek
Pengarah: Ebi Kornelis
Produksi: Arie Zaharie Production
Pelakon: Aliff Aziz, Bella Astillah, Aidil Astillah, Pasqueletta Joan, Rubisa Tiasin, Nuhamizan Syahmi Musa, Syed Haiqal Saputra, Fatima Nadhira, Sahrah Asor, Ejin Dinting dan Jaipin Leggau

Sinopsis Sekolah Sampah

Mengisahkan Adam, seorang backpacker berumur 30-an menetap di Sandakan yang bercita-cita untuk mengembara ke seluruh Sabah. Sebelum pengembaraannya bermula, Adam mendapat tahu kisah kanak-kanak pengemis yang tidak berkemampuan untuk meneruskan pembelajaran mereka di sekolah. Kanak-kanak tersebut tinggal di Kampung Sampah dan menyara hidup dengan mengutip serta menjual barangan terbuang. 

Bagi memberi kesamarataan dalam pendidikan kepada mereka, Adam nekad mendidik anak-anak itu dengan membina Sekolah Sampah sehingga mengorbankan impian pengembaraannya. Pengorbanan ini dibantu oleh salah seorang muridnya, Erna yang juga mengambil bahagian dalam mengajar rakan-rakannya yang tercicir dalam pelajaran. Dengan usaha membangunkan Sekolah Sampah, Erna telah mengirimkan sepucuk surat kepada pemimpin tentang kewujudan sekolah tersebut.